Bila Maaf Itu Hanyalah PERCUMA ~

Ramai orang tahu, semua media juga tahu tentang kes melibatkan Kiki Kamaruddin dan Uncle Sim.. ya, Uncle Sim juga telah memaafkan Kiki tanpa dendam dihati walaupun anak Uncle Sim, Robin, masih ingin mengambil tindakan ke atas Kiki.

Anak manapun akan terasa kalau orang kurang ajar dengan parent dia, as me, sebab abah wa pun pernah kena cuma masa tu takde hati nak tolong backup abah sebab diri ni masih kecil..


MAAF
Perkataan yang mudah untuk disebut, perkataan yang boleh menjernihkan perkara yang keruh.. ya, memang wa agak setuju.. mulianya hati si pemaaf.. #respect to Uncle Sim.

Dan kerana perkataan MAAF itu jugak maka ramai si pelaku akan senang lenang buat perkara luar kawalan dan ending hanya...MINTA MAAF..

Kalaulah semudah itu minta maaf... ibarat kau pukul anak orang dengan kayu kaw2... esok-esok kau boleh cakap.. "mintak maaf sebab pukul anak u, i tak sedar dan tak sengaja"... then esok buat lagi.. dan maaf lagi... senang kan...??

PERKARA BURUK

Radio angkat Kiki umpama selebriti... orang yang husnudzon sangat ni kata, "dah rezeki dia.." .. ok.. perkara ni dianggap rezeki?? dang ! unacceptable !


"Mungkin dia ada masalah tu yang dia buat camtu" - Miss X


Kita boleh husnudzon tapi biarlah kepada perkara yang wajar.. ya, wa mengaku wa masih marah... ini bukan menghukum seolah wa tak pernah buat dosa, tapi ini kemarahan bila melibatkan satu individu ke satu individu, lagi pulak orang tu dah sebaya ibubapa kita...

Kes ini, sepatutnya diambil tindakan.. ya, the other way kes ini boleh membuka mata para wanita untuk bawa stering lock kemana-mana untuk protect diri sendiri, the other way ok... tapi perangai dan sikap tu tetaplah salah..

Uncle Sim mungkin dah maafkan, tapi kami2 yang sayangkan warga emas ni sangat2 terasa.. :)
Bila Maaf Itu Hanyalah PERCUMA ~ Bila Maaf Itu Hanyalah PERCUMA ~ Reviewed by Tunsha Ayunie on July 17, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.