July 05, 2014

Takziah... Biduanita Sharifah Aini Meninggal Dunia...

Assalamualaikum wbt,

Media & rakyat Malaysia dikejutkan dengan pemergian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini. Arwahyarhamah yang mesra dengan panggilan Kak Pah,61, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 1.26 pagi tadi akibat jangkitan paru-paru.


Arwah dikesan mengalami fibrosis paru-paru dua tahun lalu dan dimasukkan ke hospital pada Isnin lepas kerana kesukaran untuk bernafas.

Sharifah Aini anak pasangan Syed Jaafar Syed Sahil dan Sharifah Noor Syed Ahmad Al-Attas yang dilahirkan di Nee Soon, Singapura pada 2 Julai 1953

Nama arwah pernah terukir didalam Malaysia Book Of Records sebagai penyanyi yang paling lama di dalam sesebuah syarikat rakaman dan memiliki 135 album. Antara lagu popular arwah adalah Mawar Putih Buat Mama, Hapuslah Air Matamu, dan Bunga Tanjung. Arwah juga pandai berqasidah.

Arwah meninggalkan seorang anak, Alif Omar.

Semoga roh arwahyarhamah Ibu Sharifah Aini bersemadi dengan aman... tergolong dengan para-para solihin dan dicucuri rahmat.. Innalillahwainnalillahirojiun..

Sesungguhnya daripadaNYA kita datang dan kepadaNYA jua kita kembali..
al-fatihah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.