July 25, 2014

Azwan Ali Umrah 7 Kali, Niat Dipertikaikan ~

Assalamualaikum wbt, 

Tadi nampak posting kat Oh!Media pasal Azwan Ali pergi umrah dah 7 kali.. alhamdulillah.. rezeki dia dapat pijak tanah suci banyak kali.. wa nih, tak tahu laa sempat ke tidak..


NIAT DIPERTIKAIKAN | Cuma paling tak syok bila tengok kebanyakan dan majoriti kaum Melayu beragama Islam yang menyumpah seranah beliau.. 


Hurm.. puasa mengajar kita juga untuk membersihkan hati....


Alhamdulillah, masih ramai yang bersangka baik.. dan wa sangat setuju dengan point2 para ahli husnudzon ni... syukur, masih berpijak dibumi Allah Swt !

Bagi wa sendiri, biarlah.. biarlah Uncle Azwan nak berselfie sekalipun, dia ada rezeki memijak tanah suci... rezeki yang lebih... daripada ambil gambar yang tak senonoh, lebih baik berlatarkan tanah suci.. apa nawaitu dia, biarlah dia dengan Allah taala... SubhanALLAH ! Maha suci Allah pemberi rezeki..

Cukup-cukuplah, kadangkala orang yang kita rasa busuk, sebenarnya cermin kita sendiri :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.