June 26, 2014

RESEPI SHAWARMA AYAM ALA ARAB

RESEPI : SHAWARMA AYAM ALA ARAB - Pernah makan Shawarma...??? Shawarma ni sejenis adik-beradik kebab jugak. Orang Arab punya style. Aku pernah makan Shawarma ni waktu pak mertua aku potong setengah untuk aku dengan tuan suami. Sedap jugak, sayangnya dah sejuk... kurang kick.
Ini gambar kat Istanbul. Haaa besar gila weyyyyy daging dia. Ngencissss pulak menengoknya. Maklumlah... tekak ni memang asyik nak makan itu ini je khennnnnnn?? Terbayang pulak bau daging salai yang dibungkus dalam roti. Allahu..

Oklah, kalau teringin buat sendiri, aku share untuk tatapan mata aku dan tatapan mata semualah ye? Tak ingat aku ambil resepi ni dari mana, hopefully bermanfaat.

RESEPI SHAWARMA AYAM ALA ARAB
Bahan-bahan untuk roti : 
3 cawan tepung gandum 
1 sk garam 
2 sk baking powder 
4 sb shortening 
1 1/4 cawan air suam 

Cara-caranya
1. Campurkan bahan-bahan kering dalam mangkuk. Masukkan shortening dan gaul sebati. 
2. Masukkan air suam sikit demi sedikit hingga dan gaul hingga menjadi doh. 
3. Bahagikan kepada beberapa biji dan buatkan bulat. Rehatkan 10 minit. 
4. Canaikan doh mengikut ketebalan yang dikehendaki. (kalau nak macam roti pita, canai tebal sikit). 
5. Goreng atas non stick pan dengan beberapa titis minyak disapu bagi mendapatkan efek belang.
6. Letakkan kepingan doh selama 2-3 minit setiap permukaan dan angkat. 

Bahan-bahan ayam :
Dada ayam @ daging lembu - secukupnya
1/2 sk jintan manis
1/2 sk jintan putih
1/4 sk biji ketumbar
1/4 sk lada hitam
Garam
Beberapa sudu yougurt asli
1 ulas bawang putih - diketuk
1sb minyak zaitun
Pati ayam
Mayonis/cili sos/mustard/lelain sos..

Cara-caranya :
1. Campurkan semua bahan dan perap sekurang-kurangnya 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap.
2. Panggang ayam hingga masak (atau grill diatas pan)

Bahan-bahan acar :
tomato - dipotong dadu
timun - dipotong dadu
lobak merah - dipotong dadu
bawang merah - dipotong dadu
lada benggala - dipotong dadu
cili hijau - ditumbuk kasar
garam
gula
cuka
perahan limau nipis
air masak

Cara-caranya :
Campurkan semua bahan dan bahan perasa... oh ya, nisbah @ sukatan ikut sukahati lah ye.. takde sukatan, main campak je... hoho..

Cara untuk wrapped ayam :
Alas dengan aluminium foil. Letak sekeping roti diatas aluminium foil dan sapukan mayonis di atas permukaan roti tadi. Hiris ayam/daging dan susun bersama acar tadi. Letakkan mayonis & sos yang korang suka dan gulungkan.. dah siap, boleh makan dah :)

oh ya, nak letak sayur salad pun boleh jugak.. makanan ni, kita yang buat dia... ikut tekak memasing hokeyyyy

Haha.. itu je...  selamat mencuba !

4 comments:

  1. tak sabar nak cuba resepi ni.. thanks ;)

    ReplyDelete
  2. Nampak macam kebab ye.tak pernah makan shawarma lagi.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  3. bahan2 utk roti tu utk berapa keping?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.