RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS

RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS - Selalu lita makan sambal ikan bilis yang merah tu. Yang baru ni aku makan terus jatuh cinta. Sambal cili padi dengan ikan bilis. Memang sedap, tapi nak buat tu perlu kesabaran jugak.

Sambal ikan bilis aku buat ni menjadi kegemaran tuan suami dengan MIL aku. Paling hadap makan sambal ni MIL aku laa. Haritu dia buat, lepas tu dia cakap la, tak sesedap aku buat. Terus kembang hidung aku yang memang kembang ni. Lulzzzzz

Sambal ni best jugak makan time sahur waktu bulan puasa. Cuma jangan makan banyak. Perut kosong tak elok makan pedas-pedas ye uolssss.

RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS
Bahan-bahan :
Semangkuk ikan bilis
RM2 cili api
3 labu bawang besar (merah)
5 ulas bawang putih
sebiji tomato masak
gula
garam
limau kasturi
serbuk perasa *optional

Cara-cara :
Goreng ikan bilis sehingga garing, ketepikan. Kisar bawang, tomato  & cili api dengan sedikit ikan bilis goreng tadi... letak garam & gula secukup rasa.. masak sehingga garing @ sehingga sambal warna gelap sikit... dah selesai masak baru perah limau kasturi.

oh ya, nak letak kentang yang dihiris halus pun boleh gak, sukahati...

Ok, sila makan dengan nasi panas.
RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS RESEPI SAMBAL CILI API IKAN BILIS Reviewed by Tunsha Ayunie on June 25, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.