RESEPI - Nasi Ulam (Kedah)

RESEPI NASI ULAM - Assalamualaikum wbt. Pernah makan nasi kerabu? Kalau kat pasar malam memang selalu ada nasi kerabu ni. Makanan tradisi Kelantan katanya......... Tapi kalau NASI ULAM? Awak biasa makan tak?

Aku belajar makan nasi ulam ni masa hayat arwah opah masih ada. Arwah suka ajar aku makan makanan yangr rare atau jarang orang buat. Tak ramai pandai makan nasi ulam ni tapi bagi je kat aku, sebab aku suka! Bagi saja masakan kampung, insyaAllah mampu mengalir laju dalam tekak ni.

Walaupun banyak resepi yang boleh di-Google, aku masukkan juga resepi ni dalam entri mengikut cara mama buat.


Gambar pinjam Google.

RESEPI NASI ULAM
Bahan-bahannya :
3-4 pot beras - masak & sejukkan (masak jadi nasi ye bukan bubur)
1 ketul ikan tenggiri masin - digoreng & ditumbuk separa hancur
2 labu bawang merah - hiris nipis
1 batang bunga kantan - hiris nipis
2 batang serai - hiris nipis (putih saja)
1½ camca lada hitam - ikut sesedap rasa (beta suka lebih)
2 camca kerisik
Garam secukup rasa
Ulam-ulaman :
Ulam raja
Pucuk mengkudu
Pucuk ubi
Pucuk gajus
Pucuk jambu
Pucuk mangga
Pucuk pegaga
Daun kaduk
Daun kunyit
Daun kesum
Daun selom
Daun limau purut
Daun lemuni
dan segala pucuk yang boleh....

.
..
...

Tak semestinya perlu guna semua pucuk yang ditulis tu. Depan rumah aku ada pokok jambu dan mangga, so kekadang aku ambik pucuk2 dari situ aje. Anggaran agak2 lah ye, ikut banyak mana nasi tu.

Daun/pucuk tersebut haruslah dihiris sehalus yang mungkin, dan dijemur sehingga separa kering ye... nak kering terus pun also can... tapi tak best laa... haha !

Cara-caranya :
Nasi disejukkan. Selepas itu lada hitam tadi dikisar kering. Taburkan segala ikan masin, lada hitam, ulam, bawang, serai & bunga kantan. Seterusnya perasakan dengan garam. Nasi ulam ni boleh tahan hampir seminggu kalau letak dalam peti ais. (tusebab daun tu kena keringkan sikit).

Tips - Kalau nak bagi sekata, campurkan dulu ulam2 tu dengan ikan tadi, gaul sehingga rata dalam satu bekas sebelum digaul dengan nasi.

Kalau aku makan begitu je... tak payah lauk dah.. Ada jugak yang makan dengan ikan goreng... ohh nostalgia dengan arwah opah menggamit kembali... sebak rasanya, tak dapat kucup arwah kali terakhir sebelum dia menutup mata... al-fatihah...
RESEPI - Nasi Ulam (Kedah) RESEPI - Nasi Ulam (Kedah) Reviewed by Tunsha Ayunie on June 07, 2014 Rating: 5

7 comments

  1. Nasi ulam memang faveret sejak kecik. Kecik2 pun dah pandai makan nasi ulam.
    Walaupun ia rasa pedas (of blackpepper) .. tapi sedap .. sebab sekali sekali terpepak ikan masin garing.. adoi terlioq aih.

    Payah nak jumpa dah laa ni.

    Thanks for sharing this recipe.. coz memang tengah cari ulam2 yang Mak bubuh dulu..hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam wbt pemilil blog :)

    Terima kasih share resepi ni

    Hari tu baca novel Jaja dan Din terus rasa nak makan nasi ulam

    :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pelbagai pokok herba & ulaman beserta herba kering. Antara yang ada :-


    Rerama hijau

    Stevia
    
Halia bara
    
Lempoyang

    Turi
    
Ulam raja

    Sambung nyawa

    Tenggek burung

    Tebengau

    Belalai gajah

    Kemunting
    Pokok2 buah

    DAN BANYAK LAGI


    lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor (search Google: D'Kaduk Herbs & Floral ) 

Harga berpatutan..perkhidmatan penghantaran dan pos juga disediakan..
hubungi utk sbrg pertanyaan & maklumat lanjut:
    0122440099 -Azizi @
 0123106846 -Faizal

    ReplyDelete
  4. Minta halal resipi ni naih..nk copy n nk try buat...makaseh

    ReplyDelete
  5. Sedap..akak suka.tak sama dengan nasi kerabu..rasa nasi ulam lebih kuat dan menyengat.hehhehe...akak share ye...

    ReplyDelete
  6. Huii ni memang nostalgia. Mak buat masa kecik kecik ja ni sekarang dah tua dah malas buat sebab remeh. Dulu ni la menu berbuka paling best. Nak cuba buat lah. Tq kongsi resepi. Lebih kurang sama macam resepi mak saya cuma mak tak masuk kerisik.

    ReplyDelete
  7. Best nasik ulam.. Mak saya gu dengan asam pedaih keladi/udang goreng kunyit, ikan goreng... Uihhh... Kecoq pulak

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.