June 30, 2014

RESEPI : Nasi Tomato Sos Maggi

RESEPI NASI TOMATO SOS MAGGI - Assalamualaikum wbt. Menu ni aku buat masa berbuka puasa. Semua orang tahu masak nasi tomato kan? Tapi dalam kes aku, aku main campak-campak je. Tetiba macam sedap gila sampai habis la satu periuk tu.

So, aku nak share resepi style aku. Kalau tak kena dengan style korang, bukan salah aku sebab inilah style aku. lulz~

12803029 10204352429891137 318826042332714122 n


RESEPI NASI TOMATO SOS MAGGI
Bahan-bahan :-
4 pot beras biasa
Stok ayam/udang - kalau takde guna air biasa je
2 ulas bawang putih
2 labu bawang merah
3 hiris halia
1 sudu jintan putih/manis
bunga lawang
kayu manis
kiub pati ayam
sos tomato - aku guna Maggi (brand apapun boleh)
garam
minyak sapi/marjerin
beberapa tangkai daun sup
kacang pis *optional

Cara-caranya :-
Mula-mula, ambil 1 labu bawang merah, kisar bersama jintan, halia dan bawang putih.. 1 labu lagi dihiris.

Cairkan minyak sapi/marjerin, tumis bahan kisar, kayu manis, bunga lawang, bawang yang dihiris.

Tumis sampai bawang layu dan bahan kisar tadi kering sikit.

Masukkan kiub ayam yang dipecah2kan, beras, garam dan sos tomato.. biar beras kering sikit. Selepas itu masukkan air atau stok ayam/udang. Masukkan kacang pis & daun sup, dan masak.

Cadangan :-
Boleh jugak letak tomato yang didadukan. Tiada nisbah yang betul. Aku pun buat ikut sukahati main campak-campak. Aku masak guna rice cooker, tapi terpulang lah kalau korang nak guna dapur kayu api pun. Resepi aku jugak tak guna susu cair ye?

Sedap dimakan dengan ayam masak merah atau ayam goreng bawang putih. Aku dengan tuan suami macam cenggitu pun dah sedap !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.