RESEPI NAGASARI PISANG

RESEPI NAGASARI PISANG - Haaaa !! Korang pernah makan Nagasari...?? Aku pernah tengok TV... Nagasari ni feveret kat Indonesia sana, emm wa tak pernah jumpa kat Malaysia, tapi bila research.... rupanya kat Malaysia pun ada jual gak...


Okeyyy ini rupa nagasari... dia macam lepat tau... inti boleh ubah... nak pisang ke.. nangka ke.. jagung ke.. strawberry ke...(ehh strawberry?) heh !

Ok.. Meh nak share resipi sikit :)

Bahan-bahan :-
1 cawan tepung beras
1 kotak santan + 4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
5 biji pisang berangan
daun pisang secukupnya

Cara-caranya :-
Layurkan daun pisang di atas api sehingga lembut. (daun pisang kat keras gitu)

Campurkan semua bahan di atas (kecuali pisang & daun pisang), didalam periuk dan masak sehingga kental atau pekat.

Letak sehelai daun pisang, ambil sesenduk adunan tadi, lapis dengan pisang yang dibelah dua, letak sedikit lagi adunan, bungkus & kukus 5-15minit..

Sejukkan kejap dalam peti ais, dan boleh makan..

++ Boleh adjust sendiri kuantiti garam tu... Selamat mencuba ye :)
RESEPI NAGASARI PISANG RESEPI NAGASARI PISANG Reviewed by Tunsha Ayunie on June 29, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.