Quotes for Kidney Disease

Mood dah berubah ni... kejap ok dan kejap tak ok...
kejap marah & suka...

Hahhh mood marah tu terjadi bila terbaca tentang Mohammad Firdaus Dullah... nampak over-acting sangat kan...?? but what can I do... wa benci penganiayaan tak kisahlaa terhadap manusia, binatang ataupun pokok... haih...

So, harini malas masak... malas buat apa2.... tengok je muka tuan suami kelaparan... nahhh kejap lagi nak goreng ikan bilis... blend cili api & bawang, buat sambal cili api ikan bilis... makan dengan nasi putih... dah...

Bila badan overloaded dengan air ni, plus wa bukan boleh urinated pun and so so so.... badan jadi penat, berat, malas... dan mata jadi rabun sikit.... apa nak buat... kita bebuat sihat pun, dalam tetap tak sihat... kahkahkah.... !!

Well, sometimes down jugak... tapi ramai lagi yang sakit teruk dari wa... so tak bolehlah nak ratap nasib sangat.... Yarabbi, KAU MAHA MENGUJI.... 

benar, kalau tak kuat... mereka sudah giveup berpantang untuk makan.... redah je... macam makcik pakcik kat hospital, lepas sesorang kembali kepada Sang Pencipta... ada Ahsoo tua kata dia nak bunuh diri... ya, treatment kekadang sakit... kekadang kita collapse... aduhai, hanya yang mempunyai chronic disease... mungkin faham... kimo..hemo... hurm


Wa selalu pegang ayat ni, demi diri sendiri... kalau wa tak mampu... mungkin wa juga dah bertemu dengan DIA... kan...??

Ini... sangatlah betul.... betul dan betul sangat...


Ada yang bila tak sakit, tapi menipu untuk sakit... kalaulah dia tahu ramai orang yang berpenyakit ini impikan untuk sihat... boleh aktif macam orang normal... kalaulah dia tahu ramai orang yang berpenyakit ini impikan untuk menjadi sihat... supaya lebih berjasa kepada ibu & bapa yang membesarkan....
Quotes for Kidney Disease Quotes for Kidney Disease Reviewed by Tunsha Ayunie on June 23, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.