June 27, 2014

Kisah Saiful | Kaki Diikat Kerana Merayau

Assalamualaikum wbt,

Sebenarnya selain dari Muhammad Firdaus Dullah, ramai lagi anak-anak OKU yang memerlukan bantuan.. bukan dari segi jagaan fizikal dan kesihatan, malah mental... ini adalah melibatkan pelajaran juga..

Mungkin ada yang tidak tahu tentang kisah Muhamad Saiful Riduan, 19 , yang terpaksa diikat kakinya sejak 4 tahun lalu bagi mengelakkan Saiful merayau, dan juga demi keselamatannya.. Mungkin ada yang kata perkara ini kejam, tapi wa rasa, ianya tidaklah sekejam kisah Muhammad Firdaus.. Saiful seorang pesakit sindrom down...

Ya, pengidap sindrom down ini... akan jadi hyperactive bila mereka stress , tertekan.. atau terasa dipinggirkan..


Kakaknya, Rohani Abdul Rahman, yang gembira dengan perhatian orang ramai terhadap keadaan adiknya berkata sejak kisah adiknya itu tersiar di akhbar, pelbagai pihak tampil mahu membantu Muhamad Saiful.

Keluarga mereka dikunjungi wakil Jabatan Kerja Sosial Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) bagi mendapatkan persetujuannya untuk membenarkan Muhamad Saiful Riduan dihantar ke sekolah khas di Johor.

"Berat hati melepaskannya, namun saya tidak boleh mengetepikan haknya mendapatkan pendidikan, sekurang-kurangnya membolehkan dia mengurus diri sendiri."

** Teringat dulu, ponteng kelas semata2 nak jaga budak2 pendidikan khas yang ada kalangan mereka sindrom down... mereka ni peramah sebenarnya... :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.