Gaji Imashima Lola | Ibu Budak OKU

Assalamualaikum wbt,

Dimana-manapun ada lagi kisah ketidakpuas-hatian rakyat Malaysia terhadap Lola, ibu kepada Muhammad Firdaus Dullah, budak OKU yang dijumpai dalam keadaan serabai & tidak terurus oleh pihak imegresen tempoh hari...

Ramai yang pertikaikan kenapa Firdaus ditinggalkan sebegitu rupa, ini termasuk wa, puan punya blog sendiri... emm ramai juga yang maki hamun... sumpah seranah... tak lupa, ada juga yang menyokong tindakan Lola & ada juga yang mendoakan...

Masing2 juga bertanya berapakah gaji Lola sehingga dikatakan dia terlalu miskin... tudung liplap boleh beli, kereta ada, bulu mata palsu boleh pakai, make-up lagi... hurm.... ok, atas sesebab inilah yang buat rakyat Malaysia mengamuk, termasuk wa jugaklah.... tak nampak dimana kemiskinannya... kedaifannya...


Pengurus Kanan Modal Insan Brahim's Airline Catering (BAC) Ahmad Reza Kamaruddin berkata, Lola yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat kerja. 

 “Kami faham dengan pendapatan kasar RM2,327.81 sebulan atau bersih RM1,549.38, ia mungkin tidak cukup untuk menyara dua anaknya tetapi syarikat juga menyediakan banyak ruang untuk membantu termasuk memberi pinjaman peribadi,” katanya kepada Harian Metro...

Sama-ada benar atau tidak kenyataan ini, wallahualam... Metro pun kekadang tak boleh percaya jugak... lain yang keluar dari mulut, lain yang ditulis dalam akhbar...

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada ibubapa diluar sana yang mempunyai anak OKU... supaya lebih sabar dalam menjaga amanah ALLAH ini, jika tak mampu... hantarlah mereka ke tempat yang sepatutnya... :) bukan dikurung seperti haiwan... haiwan juga mahukan kebebasan inikan manusia... 

sekian.
Gaji Imashima Lola | Ibu Budak OKU Gaji Imashima Lola | Ibu Budak OKU Reviewed by Tunsha Ayunie on June 24, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.