Temptation Of Wife - Episod 26

Macamana episod 26 tadi...?? best ke...?? wa tak sempat tengok full kat TV... maka layan dari tonton aje laa... so seperti yang dijanjikan setiap episod, wa akan bikin sedikit plot demi menyemakkan tajuk entri yang sunyi sepi ini.... wahahahha opsss terlebih gelak...


Nampaknya Heidi Fernandez terkejut beruk bila tengok Chantal Gonzalez yang seiras Angeline... dalam episod ni, Heidi confident itu adalah Angeline... dia mencari cara untuk membuktikan Chantal Gonzalez adalah Angeline.... hohoho suspen....suspen....


Demi membuktikan yang itu adalah Angeline Santos, Heidi telah membuka zip baju Chantal Gonzalez untuk melihat jika ada tanda lahir di belakang Chantal, tetapi Puan Armada lebih bertindak dulu, sebelum Angeline bertukar kepada Chantal Gonzalez, Puan Armada telah membuang segala bukti yang boleh dijadikan bahan untuk Heidi mengenakan Angeline/Chantal.. termasuk membuang tanda lahir tersebut.. Heidi masih tidak berpuas hati kerana sangkaannya meleset, tanda lahir tersebut tiada di badan Chantal.


Biasalah, dalam episod ni Heidi mana reti mengalah... ye ke tidak..?? haha..
Oklah... demi memuaskan hatinya (Heidi).. dia masih cuba untuk membuktikan Chantal Gonzalez ni adalah Angeline, maka dia menggunakan ibubapa Angeline dengan memberi keizinan untuk masuk ke dalam dewan wawancara bersama Chantal Gonzalez... Heidi tahu kelemahan Angeline adalah ibubapanya... hahhh yang ni bikin wa suspen.... sebab Chantal Gonzalez dah menangis tengok mak dia... alaaaa terbongkar lah rahsia...


Tapi, sangkaan wa meleset jugak... Chantal Gonzalez menyedari ini rancangan Heidi... so dia terus tak mengaku yang dia Angeline... yelaaa orang tengah menyamar... bila menyamar in plan, haruslah korbankan perasaan tu kejap kan.... wa sedih tengok part Minda (mak Angeline) menangis bila anak dia tak mengaku yang dirinya adalah Angeline... sedih... 

fuhhh tak sabar nak tunggu next episod esok.... hoho.. masa menaip plot ni... kemain confuse antara Angeline Santos & Chantal Gonzalez... korang faham ke apa wa terangkan ni... hakhak...

selamat menonton semua :)
Temptation Of Wife - Episod 26 Temptation Of Wife - Episod 26 Reviewed by Tunsha Ayunie on May 26, 2014 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.