May 12, 2014

Selamat Hari Jururawat !

Assalamualaikum wbt...

Wahh... bukak² je newfeed dalam FB.. kemain ramai rupanya staff nurse dalam list...
dan ramai pulak mereka dan mereka yang mengucapkan Selamat Hari Jururawat...


Asal usul Hari Jururawat..?? (ihsan Google)
Pada tahun 1953, Dorothy Sutherland daripada Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Amerika Syarikat menghantar cadangan kepada Presiden Eisenhower untuk mengisytihar Hari Jururawat pada bulan Oktober tahun berikutnya. Bagaimanapun, pengistiharan itu tidak pernah dibuat, namun pada Minggu Jururawat Kebangsaan dianjurkan pada 11 - 16 Oktober, sempena ulangtahun ke-100 untuk Crimea Florance Nightingale.

Pada bulan Januari 1974, tarikh tersebut ditukar dan ditetapkan pada 12 Mei setiap tahun, sempena tarikh lahir Florence Nightingale.. yang dianggap sebagai pengasas kejururawatan moden. Beliau membuat banyak pembaharuan dalam sistem kejururawatan dan penjagaan kesihatan.

+++++++++++++++++++++++++++++

oklah... ini sedikit ihsan dari blog & entry (Asal Usul Hari Jururawat).

Dan bila tanya tuan suami, katanya Hari Jururawat ini sempena nama Sister of Church yang pertama menjadi jururawat... yang ni wallahualam :)

Sometimes I just was thinking.. eh... Hari Jururawat also ikut barat... so...??

Takde ke nak haramkan Hari Jururawat ni...??
kenapa haramkan Hari Ibu & Hari Bapa...??

oh... jawapan yang wa dapat... macam ni...


oklah.. so done... pendapat sendiri... bagi wa... selagi tidak melanggar nawaitu, takpe... Islam ni mudah... kenapa nak rumitkan...?? tepuk dada, tanya iman dijiwa :)

Anyway, terima kasih kepada para jururawat yang menjaga wa dari wa start sakit yang sewaktu itu berumur 4 tahun... dari Hospital Kuala Lumpur ke Hospital Selayang dan kini, Hospital Ampang... segala jasa teramat bermakna dan dirindui...

terima kasih sudi baca.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.