May 16, 2014

RESEPI TURKISH DELIGHT

Dah pukul 3.15am...
wa tak mampu lelapkan mata lagi... walaupun kesian pada tuan suami (birthdayman harini) dok laloqqqq mengantuk melayan kerenah si puan isteri... emm... bukan tak kasi dia tidur... dah suruh dia tidur tapi dibebel katanya kalau puan isteri tak tidur... dia takmau tidur... alahai...

oklah... saja nak kumpul resepi di-setiap entry... supaya boleh remark kalau teringin nak masak... resepi banyak ciplak... kali ni nak post pasal Turkish Delight... satu jenis candy yang wa teringin sangat nak makan tapi tidak terhajat lagi... (dah beberapa tahun pun tak tahu)


:: Resepi Turkish Delight :: 

Bahan-bahan :
Secawan tepung jagung 
Sesudu besar cream of tartar 
4 cawan gula 
Sesudu besar jus lemon
Sesudu besar rosewater - boleh tukar perisa lain
Pewarna merah - boleh tukar warna lain

Untuk dusting :
Secawan icing sugar
1/4 cawan tepung jagung

Cara-cara :
Letak 11/2 cawan air kat dalam pan. Lepas tu letak jus lemon sekali dengan gula. Kacau sampai mendidih tau. Dekat dalam pan yang lain letak 500ml air dan letak tepung jagung dengan cream of tartar. Gaulkan untuk mengelakkan tepung jagung tu jadi berketul-ketul. Setelah tepung jagung tu jadi macam gam, alihkan dari api tu. Kemudian masukkan sirap gula sedikit demi sedikit. Gaulkan setiap kali sirap gula dimasukkan. 

Habis tu, letak kat atas api balik dan tunggu sampai mendidih. Kalau dah mendidih tu, perlahankan api dan jangan lupa untuk menggaulnya dengan kerap. Ianya dibiarkan mendidih dengan suhu perlahan sampai bertukar jadi kaler amber. Macam coklat-coklat sikit warna dia. 

Kalau dah sampai tahap ni, bolehlah ditambah pewarna merah dan rosewater. Gaul-gaul setelah tu, boleh lah letak kat dalam bekas yang dah disapu minyak sedikit dan biarkan Turkish Delight tu sejuk selama beberapa jam. Setelah sejuk,  bolehlah korang keluarkan dari bekas. 

Sebelum tu, jangan lupa taburkan tepung jagung+icing sugar kat atas surface Turkish Delight tu sebelum korang menterbalikkannya. Habis tu, bolehlah dipotong kepada bentuk squre dengan menggunakan pizza cutter, sebab lebih senang dari guna pisau. Dah potong jadi square tibalah masnya untuk menggaulkan semua square square yang ada dengan tepung jagung+icing sugar. 

Untuk simpan dia pulak, letak je dekat dalam air tight container dengan lebihan tepung jagung dan icing sugar tadi.

*kredit to : DiariKakMin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.