May 16, 2014

RESEPI : Bo La Lot (Vietnemes Cuisine)

Selamat petang .

Ramai orang kita yang sangat suka mencuba makanan dari negara lain. Contohnya... Jepun, Cina, Korea,Arab,Itali... dan sebagainya... tapi jarang aku nampak mereka perkenalkan resepi dari Vietnam... mungkin resepi dari Vietnam kebanyakkan resepi asal menggunakan encik piggy & tidak expose sangat di Malaysia... maka tiada...

Aku suka blogging tentang makan sebab aku hidup memang untuk makan... huahuahua... Makan adalah satu hobi yang bikin aku punya mood sangat gumbira kalau makanan tu sedap.. dan mood aku akan jadi tapir beronggeng dengan tenuk kalau makanan tu suweyyyyy....

Kali ni aku nak post pasal Bo La Lot iaitu sjenis resepi daging yang digulung dalam daun kaduk dan di-grill.. aku tak pernah buat... so tak boleh riview... nak buat takde laa masa yang sesuai... maka... nenanti la jawabnya..siapa nak cuba, silakanlah....


RESEPI BO LA LOT
Bahan-bahan
Daun kaduk secukupnya
330g daging cincang
2 batang serai - ambil bahagian putih & hiris
2 labu bawang merah(kecil) - hiris
1 labu bawang putih - cincang
3/4 st garam
1 st gula
1/2 sb sos ikan
1/2 st lada sulah
1 st minyak masak
1 st air
1/2 tepung jagung
Lidi kayu secukupnya

Cara-cara :
- Masukkan serai, bawang merah & bawang putih.... tumbuk sehingga lumat.
- Gabungkan campuran tadi bersama daging serta semua perasa dan tepung jagung.
- Ambil sesudu kecil daging, letak atas daun kaduk dan gulung.
- Cucukkan dengan lidi.
- Renjis @ berus minyak masak ke atas daun tadi dan grill dalam masa 10-15minit. 
   Boleh juga menggunakan oven dengan kepanas 190°c.




Bahan-bahan(sos) :
200ml air panas
1/2 sb gula
1/4 st garam
1/2 just limau
2 biji cili merah - cincang
2 ulas bawang putih - cincang

Cara-cara :
- Cairkan gula dalam air.
- Campurkan semua perisa , cili & bawang serta imbangi rasanya.

Bo La Lot ini boleh ditaburi kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk.

Selamat mencuba !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.