SINOPSIS TEMPTATION OF WIFE (TELENOVELA TV3)

SINOPSIS | TEMPTATION OF WIFE (TELENOVELA TV3) - Cerita Be Careful With My Heart dah habis. Sekarang TV3 sedang hangat dengan cerita baru, TEMPTATION OF WIFE. Aku memang minat cerita Philipines ni dari kecik lagi selain cerita Mexico/Sepanyol. Tapi nowdays memang susah nak cari channel yang tunjuk cerita Sepanyol melainkan di astro.

Memula aku tak layan sangat cerita Temptation of Wife ni.. layan sebelah mata je.. Tapi sebab pelakon feveret si Marian Rivera berlakon, rasa terhegeh-hegeh nak follow cerita ni...

Layan sinopsis pulak bikin aku tak sabar nak tunggu ending..wahahaha !!


JUDUL : TEMPTATION OF WIFE (PHILIPINES)
GENRE : Melodrama, Romantik
MASA/TARIKH : Isnin hingga Khamis, jam 3:00pm
PENGARAH : Domunic Zapata & Gina Alajar
PELAKON : Marian Rivera, Dennis Trillo, Glaiza de Castro & Rafael Rosell

SINOPSIS
Angeline dan Heidi membesar bersama-sama walaupun bukan adik-beradik kandung. Heidi diambil oleh ibubapa Angeline untuk dijadikan anak angkat kerana ibubapa Heidi tidak mahukannya. Angeline sangat menyayangi Heidi dan mengganggap Heidi sebagai adik kandungnya. Lain pula dengan Heidi yang sangat iri hati dan mencemburui Angeline. Dalam diam dia sangat membenci kakak angkatnya itu.

Ramai lelaki tertarik pada Angeline tetapi Angeline jatuh hati pada Marcel. Mereka bercinta tetapi tidak bertahan lama apabila Angeline disahkan mengandung & Marcel dipaksa berkahwin dengan Angeline. Walaupun perkahwinan mereka tidak mengecapi bahagia, Angeline cuba menjadi isteri yang baik untuk suaminya ; dan juga menjaga kedua ibubapa mertuanya, Romeo & Stella.

Marian Rivera - Angeline Santos/Salcedo

Dennis Trillo - Marcel Salcedo



Angeline tahu kehidupannya penuh pembohongan dan pengkhianatan. Masalah semakin besar bila Angeline keguguran. Selepas beberapa ketika Angeline mendapati Marcel curang dan mempunyai perempuan simpanan dan ternyata bahawa adik angkatnya, Heidi adalah perempuan simpanan Marcel. Angeline rasa dikhianati dan merasakan kehidupannya musnah bila dikhianati oleh dua orang yang paling dekat dengan hatinya. 

Marcel bertekad untuk memutuskan hubungan dengan Heidi tetapi Heidi telah mengandungkan anaknya. Marcel memilih untuk hidup bersama Heidi dan Angeline dipaksa untuk kembali tinggal bersama ibubapanya. Tetapi Angeline mendapati dia juga mengandungkan anak Marcel. Heidi kemudian cuba untuk membunuh anak Angeline dengan melemaskan Angeline. Tetapi takdir berpusing kembali. Angeline bertahan dan kembali untuk membalas dendam.

Glaiza De Castro - Heidi Fernandez

Watak-watak dalam cerita ni memang best. Aku suka suara Heidi yang serak-serak basah tu. Tapi watak paling loser sekali dalam cerita ni, Marcel ! Bengang gila tengok watak dia. Dah lah dayus, penakut pulak tu. Anak bapak lagi. Herghhh memang bengang dengan watak dia je.

Cerita ni adaptasi dari cerita Korea tak silap aku dan memang mempunyai penonton yang tetap. Jom tengok!
SINOPSIS TEMPTATION OF WIFE (TELENOVELA TV3) SINOPSIS TEMPTATION OF WIFE (TELENOVELA TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on April 26, 2014 Rating: 5

1 comment

  1. suka watak Marian Rivera..comei jek..yg si Heidi jahat giler.last2 kena DAM ngan org dia gak..jahat sangat

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.