April 04, 2014

RESEPI KIMCHI YANG SEDAP

RESEPI KIMCHI YANG SEDAP DAN GOJES - Assalamualaikum wbt. Sementara ada kuota internet ni bolehlah nak membebel kejap dalam blog. Actually kan banyak tau resepi kimchi dari para blogger. Ada yang caranya macam tu ada yang caranya macam ni. Resepi aku, aku alter la sikit-sikit demi kepuasan diri sendiri.

Aku buat kimchi ni atas permintaan seorang suami. Aku sebelum kawin dulu pernah je buat, So, ini kira kali pertama aku buatkan kimchi untuk dia. Yang paling aku terharu, dia suka sangat makan kimchi buatan aku dan selalu rekues aku buat nasi goreng kimchi..

Kimchi yang aku buat habis masuk dalam perut tuan suami je, kemainlah dia suka. Aku pun tak tahu tang mana yang sedap. Oh ya, selain tu kimchi aku buat ni boleh dimasukkan dalam asam pedas. Sedap gak!


RESEPI KIMCHI YANG SEDAP DAN GOJESSS (mood perasan)
Bahan A :
Kobis cina @ kobis panjang
Garam

Bahan B :
4-5 sudu besar tepung pulut @ tepung beras - aku guna tepung beras
1/2 cawan air

Bahan C :
1 paket kecil serbuk cili - boleh lebihkan kalau mahu
Gula, garam dan aji jika mahu
Sedikit cuka - dalam 1 sudu besar

Bahan D (kisar) :
1 labu bawang putih
1 labu bawang merah
1 biji buah epal @ pear (buang kulit)
2 inci halia

Optional :
Daun bawang dipotong 2 inci

Cara-cara :
Lumurkan garam di setiap helaian kobis. Biarkan 2-3 jam. Kobis ni akan mengeluarkan air. Lepas tu buang air lebihan kobis dan perah kobis. Bilas dengan air paip, tos dan ketepikan.

Tepung pulut @ tepung beras dicampur dengan air, masak dengan api kecil sehingga kental. Tutup api, sejukkan dan ketepikan.

Kemudian, masukkan serbuk cili, cuka, dan bahan perisa ke dalam bancuhan tepung tadi.

Lepas tu, masukkan semua bahan kisar dan daun bawang, gaul sehingga rata. Sapukan bahan tadi di setiap helaian kobis. letak dalam bekas kedap udara dan simpan berdekatan suhu yang panas. (Aku letak atas peti ais) . Makin panas suhu makin cepatlah proses kimchi ni. Aku syorkan perap dalam sehari je kalau letak atas peti ais.

Selepas satu hari, bolehlah simpan dalam peti ais.

PERINGATAN : Kalau boleh kimchi jangan diletak terlalu padat dalam bekas kerana ianya akan mengeluarkan gas. Takut nanti merecik-recik sos dia waktu korang buka bekas.

1 comment:

  1. Uuu.. Thanks Sha..
    Pasni Kakling try buat ikot sukatan. 😄😄

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.