April 12, 2014

RESEPI HARISSA AYAM DARI QUAKER OAT

RESEPI HARISSA AYAM DARI QUAKER OAT - Kalau hari raya biasanya, kalau balik Johor aku memang suka makan Harissa dari hasil airtangan Tok Anjang. Tapi nak tunggu hari raya kekadang kan lambat, so aku lebih suka buat sendiri jugak.

Harissa ni Tok Anjang kata antara makanan istana. Ianya diperbuat daripada oat dan ayam @ daging. Rasanya acam bubur ayam, tapi teksturnya lebih sedap. Nak hilangkan muak, kita makan dengan sambal belacan atau sambal garam. Tabur bawang goreng memang umphhh sangat!

Apapun, tak semua tekak boleh terima rasa Harissa ni. Aku tak pasti la pulak sebab apa. Kalau korang nak cuba, boleh kurangkan sedikit kuantiti.

RESEPI HARISSA JOHOR
Bahan-bahan (bubur) :
Setengah ekor ayam
1 mangkuk quaker oat (warna biru)
2 labu bawang besar (merah)
1 labu bawang putih
beberapa inci halia
2-3 biji buah pelaga
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (optional)
beberapa sudu minyak sapi
2 senduk susu cair
air secukupnya

Cara-caranya :
Rebus ayam & bawang serta halia didalam kuali, bawang &  halia tidak perlu dipotong ye. Selepas ayam masak, toskan semua bahan yang direbus, kisarkan bersama air rebusan tadi, kemudian masukkan semula ke dalam kuali dan tambahkan quaker oat dan buah pelaga. Masak sehingga mendidih. Setelah mendidih masukkan semua perasa, susu cair & minyak sapi. Masak sehingga pekat.

Ayam boleh diganti dengan daging.

Bahan-bahan (sambal) :
Beberapa biji cili merah
Garam secukup rasa

Caranya :
Kisarkan cili merah & garam.

Bubur harissa ini sedap dimakan bersama madu, bawang goreng & madu. Campur ketiga-tiganya sekali..

Sekali sekali makan memang best. Katanya ini makanan orang istana. Aku hanya berpeluang makan Harissa ni kalau balik Johor, rumah Tok Anjang. Sebab Tok Anjang rajin sangat buat Harissa,

Selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.