March 19, 2014

SAMBUT BIRTHDAY MAMA NORA DI VEG FISH FARM THAI AMPANG

SAMBUT BIRTHDAY MAMA NORA DI VEG FISH FARM THAI AMPANG - Assalamualaikum wbt. Ini entry repost sebab kes nak menyemakkan blog... Kes yang ntah beberapa bulan sudah, around December2013 camtu la. Atun a.k.a Sofea Fea, my sister in law belanja makan sempena birthday Mama Nora.


Bila dah nampak signboard ni tuan suami dengan confident cakap -- "Ini mesti tempat vegetarian".. Haha ! Tapi sebenarnya sini ada pelbagai jenis seafood.

Tempatnya bagi aku agak cantik. Dekat dengan tasik, ada live band sampai feeling2 romantis je. Teringin nak bawak family tapi sini banyak patung Buddha, so aku batalkan saja niat aku.

Oh ya, aku disini hanya untuk SEAFOOD! Masuk je kedai, korang boleh nampak banyak jenis SEAFOOD yang masih hidup dalam akuarium. Kira memang fresh arr!



Seafood yang kami makan termasuklah ketam nipah, udang galah, lala, pari bakar dan siakap. Masak apa aku dah lupa. Haha! Tapi lala dia lain sikit dari lala kita biasa makan. Besar, berlemak dan sedap tau !


Yatt & Atun

Waktu ni memang kurus.
Segan tengok muka sendiri.

Me and the birthday woman... my mother in law yang vouge !

Apapun, aku seronok makan disini. Especially ketam tula. Seafood dia sangat manis dan fresh ! Harga dia pun best jugaklah sesuai dengan rasa dan kesegaran makanan tu.

Veg Fish Farm Thai

Address : Km 4, Jalan Ampang, Kampung Nanding, Hulu Langat, Selangor, Malaysia.

Phone    : 019-260 6493 (Eugene Ng)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.