March 12, 2014

RESEPI AYAM PANGGANG, KENTANG LENYEK BERBAYAM & CENDAWAN TUMIS VERSI MASAK DI RUMAH

RESEPI AYAM PANGGANG, KENTANG LENYEK BERBAYAM & CENDAWAN TUMIS VERSI MASAK DI RUMAH - Hammbikkkk kau... Kemain panjang lagi nama menu hakakkk uolsssss. Awalnya teringin nak makan ayam panggang, letak je apa yang ada dekat dapur. Mama suka, adik-adik pun suka.

Ayam panggang ni, aku suka letak kentang lenyek dalam ayam tu. Sos pulak just guna gravy mashed potato aje. Sedap jugak. Dah lama tak main cipta resepi sendiri. Hehe


RESEPI AYAM PANGGANG, KENTANG LENYEK BERBAYAM & CENDAWAN TUMIS VERSI MASAK DI RUMAH
Bahan-bahan untuk perapan ayam
Seekor ayam (whole chicken) - dibasuh dan tos hingga kering
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 mangkuk krim masakan (fresh cream) 
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar minyak zaitun
serbuk cili / cili boh
serbuk 'Pasti Sedap Knorr'
lada hitam kisar
½ biji perahan lemon
rosemary kering
(kuantiti bahan boleh diubah mengikut sukahati @ bergantung pada saiz ayam)


CARANYA :
Bawang putih dan bawang merah dikisar bersama krim masakan tadi. Disebabkan krim tu sendiri dah ganti sumber air so tak payah tambah air lagi. Seterusnya campur semua bahan dan gaul. Boleh tambahkan garam/gula mengikut kesesuaian rasa. Cucuk² ayam guna garpu/pisau dan sapukan bahan perapan tadi. Perap sehingga 3-4 jam atau lebih atau semalaman.


Bahan-bahan lain :
3-4 biji kentang 
serbuk lada hitam 
serbuk brown sauce 
sedikit susu segar 
segenggam daun bayam 

CARANYA :
Kupas kulit kentang dan rebus hingga empuk. Angkat,toskan dan lenyek kentang. Bayam dicelur. Dengan menggunakan hand mixer, masukkan kedalam mangkuk kentang yang dilenyek tadi bersama bayam,serbuk lada hitam,serbuk brown sauce dan susu segar. ketepikan.


Bahan untuk cendawan tumis
Cendawan segar (apa² jenis) 
2 sudu butter 
serbuk lada hitam 
serbuk brown sauce 

CARANYA :
Panaskan butter. Masukkan cendawan tadi bersama serbuk lada hitam & brown sauce. Biarkan separuh masak, ketepikan.

MEMBAKAR AYAM :
Panaskan oven dalam 190°c - 200°c. Lapik aluminium foil atas dulang pembakar. Sapukan butter. Sumbat kentang tadi dalam perut ayam. Tutup perut ayam menggunakan lidi / toothspick. Gunakan lidi sate untuk cucuk ayam tersebut sebelum dibakar.

Letak ayam yang disumbat diatas dulang. Taburkan atas & keliling ayam dengan cendawan yang dimasak tadi. Tutup permukaan atas dengan aluminium foil dalam masa 40 minit menggunakan kepanasan atas bawah.

Selepas itu buka permukaan aluminium foil dan letak butter diatas ayam. Time ni dah tak perlu tutup dah.. sambung proses bakar ayam. selepas 30 minit, gunakan kepanasan atas saja. Siap. Boleh perah sedikit lemon atas ayam kalau suka.  

Anyway, ayam tu kalau nak asing-asing dengan kentang pun takpe jugak. Still sedap :) Selamat mencuba ya!

1 comment:

  1. Terima kasih share resepi..boleh cuba.. jemput singgah blog sy ea..
    Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.