March 19, 2014

RESEPI : Nasi Goreng Daging Merah Versi Gojesss

Assalamualaikum wbt.

Since daging masak merah yang aku masak sangat liat, aku terpaksa memikirkan satu alternatif supaya tidak membazir. Satu kuali aku masak, tuan suami mampu habiskan. So maknanya sedap leteewwww kannn?? Betapa berbangganya hakakkkkk terhadap diri sendiri !


RESEPI NASI GORENG DAGING MERAH VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :-
Seberapa banyak daging (ikut total sendiri lah ye)
2 labu bawang kuning
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
3 senduk cili blend (nak lebih boleh, kurang pun boleh)
1 sb sos ikan
4 sb sos cili
2 sb sos tomato
1 sb sos tiram
garam & perasa (kalau perlu)
beberapa mangkuk nasi putih
sayur (optional)

Cara² :
Daging tu silakanlah rebus bersama garam ye. Rebus sampai agak lembut. Selepas itu tos & sejukkan. Air rebusan jangan buang ye. Potong daging kecik² atau nipis² atau halus².. ikut korang lah ye.. selepas tu goreng daging sampai garing dia punya luar.

Cili di-blend bersama bawang kecil. Masukkan bahan blend ni dalam minyak yang korang goreng daging tu & tumis sekali dengan daging sampai cili tersebut agak garing.

Masukkan segala macam sos. Kasi garing & masukkan air rebusan daging dan biarkan sos tu agak² kering sikit & sayur & bawang kuning. Masukkan nasi putih. Goreng la sampai sebati.

Ok dah siap. Boleh makan :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.