March 19, 2014

RESEPI : Bol Kentang dan Stew

Assalamualaikum wbt.

Bol kentang ni masakan kegemaran family sebelah abah. Selalunya kami hidangkan masakan ni ketika bulan puasa. Setiap tahun di bulan Ramadhan, memang sekali akan ada menu Bol Kentang ni. Ada orang yang tak pandai makan. Tapi aku share resepi kalau ada yang berminat nak cuba :)

Bol Kentang ni seakan bergedil tapi sebenarnya bukan. Ianya sejenis kentang rebus yang diletak inti daging dan kemudian dimakan dengan stew. Walaupun nampak biasa, makanan ni agak mengenyangkan jugak la kekdahnya..




RESEPI BOL KENTANG DAN STEW
Bahan-bahan (bebola kentang) :-
1 kg kentang (direbus & dilenyek)
beberapa keping biskut tawar yang dikisar - Guna tepung gandum pun boleh
garam

Cara-caranya :-
Campur & gaul kentang bersama garam & tepung @ biskut tadi. Ketepikan.

Bahan-bahan untuk daging :-
300gm daging batang pinang & tulang
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan manis
sedikit lada sulah & daun sup
3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang kecil
sedikit minyak sapi

Cara-caranya :-
Daging direbus & diracik / dikisar kasar. Air rebusan tak perlu buang.
Bawang dicincang. Tumis bawang tadi dengan minyak sapi hingga naik bau dan masukkan daging. 
Selepas itu masukkan rempah, daun sup & lada sulah. Perasakan dengan garam.

Bahan-bahan stew :- 
Air rebusan daging / tulang
2 labu bawang merah - dihiris
3 sudu makan tomato sos 
4 sudu makan cili sos 
4 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh lada putih garam , gula secukupnya
Sedikit tepung jagung
daun sup, daun bawang, bawang goreng & kacang pis.

Cara-caranya :-
Tumis bawang dengan sedikit minyak sapi. Masukkan air rebusan daging & semua sos dan perasa. Renehkan sampai mendidih. Gunakan tepung jagung untuk memekatkan kuah..
.
Cara Membuat Bol Kentang
Kepalkan adunan kentang tadi sebesar segenggam tangan. Leperkann dan masukkan inti. Bulatkan macam buat bergedil. Kemudian, celup kentang dalam telur dan goreng.

Hidangkan bol kentang bersama kuah sup tadi & taburkan daun sup & bawang goreng serta kacang pis ..

Fuhhhh berpeluh jugak nak menaip resepi ni.. haha ! semoga bermanfaat untuk semua..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.