2014 - DARI JARI NOVELLA

December 31, 2014

Just For A Sec, Goodbye 2014 !

9:38 PM 0
Just For A Sec, Goodbye 2014 !


1 more day left in 2014

those who hurt me, i forgive you
those whom i hurt, i'm sorry
those who love me, thank you
those whom i love, bless you
those who stand by me, grateful for you
those who are thinking of me, please continue
those who are weary, have a rest
those who are exhausted, do relax

what is lost is lost,
so cherish that which is to come

2015 is just round the corner,
may the good come
may the bad be gone
may health stay
may sicknesses be gone

wishing all friends,
health, peace and joy!
long live our friendship....

insyaAllah :)

Lebihkan Bangladesh Dari Warganegara Sendiri ~

3:54 PM 0
Lebihkan Bangladesh Dari Warganegara Sendiri ~
Bukan nak hina ekkk.... kita kan sama, makhluk Tuhan jugak... sama-sama cari rezeki jugak... Tapi duduk kat negara Malaysia ni, wa rasa dah macam warga Bangladesh... kekadang rasa macam depa pulak yang jadi BigBoss kat Malaysia ni...


Memang salah orang kita gak... kerja memilih... tak sedar ke sekarang ni sangat susah cari kerja?? Semua dimonopoli oleh Indonesia dan Bangladesh... sebab diorang tak berkira sangat bab kerja ni... janji ada gaji... settle.

Wa pergi The Store suatu ketika sebelum ni, dengan Tokis.. sebab Tokis nak mintak kerja.. Masuk je dalam office tu, kerani dah tanya Tokis... 

"Warganegara ke..?"

Of course la kami melenting dengan soalan gitu.. bukannya kami ada sleng Bangla ke, Myanmar ke, Nepal ke.. dah tentu2 cakap Bahasa Melayu dengan SEMPURNA !

Tapi Tokis tak dapat pun kerja tu, puas call depa kata nanti call balik... last2 diam gitu je... adakah sebab Tokis OKU...??

Tak lama kemudian kami pergi lagi The Store sebab nak beli barang... yarabbi... kemain ramai pekerja Bangla.. bertambah pulak... yang wa hangin, depa ni tak semua reti cakap Melayu... puas la kita tanya barang itu ini, depa buat tak gheti je...

Teringin gak nak jadi macam US ke Singapore ke... warga OKU ni depa tak pandang pun sebelah mata... pandai buat kerja, depa ambik je untuk kerja... kat Malaysia ni je, orang pandang slack sangat dengan OKU... kot laaa... dah hampir 2 tahun Tokis try cari kerja.. semua bagi alasan pasal transport laa...apa laa... jujur je la Tokis tidak diterima pasal OKU... dia bukan budak2... dah 36 tahun , 2015.

Orang suruh SABAR ~ SABAR ~ SABAR ~

Tokis cakap...

" Kalaulah SABAR tu boleh guna untuk bayar bil perubatan bini aku... "
" Kalaulah SABAR tu boleh belikan bini aku baju... "
" Kalaulah SABAR tu boleh lengkapkan kehidupan kami lakibini... "

..... " Sudah tentu aku BERSABAR ! "

Nak salahkan Tokis, tak boleh jugak... bil hospital makin meningkat, tahun depan dengan GST semua... fuhhhh ! memang tak tercapai dek akal kami ~

GAMBAR PERKAHWINAN MARIAN RIVERA DAN DINGDONG DANTES

2:18 PM 0
GAMBAR PERKAHWINAN MARIAN RIVERA DAN DINGDONG DANTES

Hero dan heroin Filipina yang paling popular, akhirnya berkahwin setelah sekian lama bercinta... Wahh ini berita happy buat Kaksha... Kaksha memang minat sangat kat deyolllls !

*Hoho... my newnickname again, love it. Welcome 2015 !


Manila (Filipina) - Pelakon wanita , Marian Rivera, 31, dan pelakon lelaki, Dingdong Dantes, 34, telah melangsungkan perkahwinan mereka semalam setelah 5 tahun bercinta. Marian mengenakan gaun rekaan Micheal Cinco, dibawa ke Altar oleh bapanya, Francisco Alonso, dan ibunya, Amalia Rivera.

Perkahwinan mereka mendapat publisiti sebagai "Perkahwinan Diraja". Kaksha sertakan gambar2 perkahwinan Marian dan Dingdong .


The queen is ready to walk down the aisle ♡ @therealmarian #DM123014













Mereka pernah bergandingan dalam cerita Marimar & Dyesebel.. Antara pasangan romantik Filipina... oh ya.. kaksha over eksaited tengok perkahwinan diorang yang gah sangat ni... Wedding of The Year gittewww ~

December 29, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 7 - Destinasi Terakhir !

6:20 PM 0
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 7 - Destinasi Terakhir !
16 Disember 2014 bersamaan hari Selasa, kami pun berkemas untuk balik. Muka aku waktu tu jangan cakap laaa.... bukan cengkung malah bengkak kemain.... well... semuanya sebab cannot urinate ! Sengsara gak bila tak bley shi-shi ni... minum tak boleh lebih, comfirm bengkak mata macam katak, dan HILANG GOJES !


Bergambar lagilah kita... Kenang-kenangan jadi rinduan laa katakan.. bukan selalu aku dapat pengalaman travel @ holiday ni... jarang sekali... masalah fulus, life tak stabil... hah ini antara punca2 laa kan... tapi takpe... insyaAllah... ada laa jalan nanti tu...




Insan2 yang sudah berkahwin ~


Lepas tu kami gerak terus pergi Ladang Teh... Waktu tu hujan... masing2 frustrated tak boleh nak tangkap gambar banyak2... Lepas tu aku bengang hokeyyyy.... waktu kami bersidai kat tempat minum teh tu, datang sekumpulan bebudak tabligh main tolak2 redah2 gitu je... langsung TAKDE ADAB ! tapi ada ke abah suruh "bersangka baik" je.... hish...




Lihatlah betapa bahagianya aku... huahua... memang bahagia walaupun hujan... mama pulak gigih tau turun cerun2 tu untuk bergambar... yelah, lepas ni tak tahu bila pulak nak pergi kan... cuma terkilan sebab tak dapat makan scones dan minum teh... nak feeling2 pun tak sempat... terkilan sangat uolsss ! alkisahnya terlalu ramai manusia disitu... so crowded !



Singgah2 kedai teh untuk beli teh la kan... mama belikan aku cenderahati... hihi... comey gak... lepas tu mama borong teh strawberry & lemon... aku pulak amik satu kotak green tea... oh yaa... buat tak nampak lah keBANTUTan aku tu ye... Adik aku si Lia tu pun dah tinggi dari kakaknya... huahua... antara sebab kenapa bila jalan dengan tuan suami, orang tak caya aku isteri dia..


Singgah kat Lata Iskandar... banyak produk orang asli kat sini, and AIR TERJUN tu buat aku gerammmmmm sangat ! nasib pakai skirt, kalau pakai Swimming suit, dah lama aku terjun tau ~



Destinasi kami berakhir kat R&R mana ntah, aku tak sempat tengok sebab tertido... Kami makan kat Tuuuu Diaaa Pak Tam ! huahua.... tak sedap bagitau paktam naaaa..... haaaa kami makan apa yang ada je... cuma aku je tukar2 makanan... semua tak memenuhi tekak... dari sini, kami berpisah dengan family Maklong... close convoi ~

Alhamdulillah... percutian ni buat aku terkenang2 family... lagi satu, aku
 masih terbayang Cameron hingga ke saat ini... moga ada rezeki ke sana lagi nanti... insyaallah..

Thanks for reading ya :)

December 28, 2014

Kronologi Kehilangan Pesawat QZ8501 ~

11:53 PM 0
Kronologi Kehilangan Pesawat QZ8501 ~

Kuala Lumpur - Berikutan kronologi kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 yang dimaklumkan pada sidang akhbar di pejabat Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta hari ini sebagaimana dilaporkan portan berita di Kompas.com.

Waktunya adalah mengikut waktu Indonesia bahagian Barat (WIB) iaitu satu jam lewat dari waktu Malaysia.

Butiran kronologi perkembangan di Malaysia berkaitan kejadian itu pula adalah mengikut waktu Malaysia.

0536 (WIB) - Pesawat berlepas dari Surabaya menuju Singapura dengan ketinggian 32,000 kaki mengikuti laluan biasa surabaya - Singapura, M635.

  • 0612 (WIB) - Pesawat berhubung kali terakhir dengan menara Kawalan Trafik Udara (ATC) Jakarta dan juruterbang memohon untuk membelok ke kiri dan meningkatkan ketinggian kepada 38,000 kaki. Permintaan juruterbang dibenarkan oleh pihak ATC.
  • 0616 (WIB) - Pesawat masih dapat dikesan di skrin radar.
  • 0617 (WIB) - Pesawat hanya tinggal isyarat dalam radar ATC.
  • 0618 (WIB) - Pesawat dinyatakan INCERFA, iaitu tahap awal putus hubungan. Pihak Ketua Pengarah Perhubungan menghubungi Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas).
  • 0728 (WIB) - Pesawat dinyatakan ALERFA, iaitu tahap berikut dalam menyatakan pesawat putus hubungan.
  • 0755 (WIB) - Pesawat dinyatakan DETRESFA atau hilang secara rasmi.
  • 1141 (Waktu Malaysia) - AirAsia dalam akaun Twitter dan Facebook rasminya mengumumkan mengenai pesawat berkenaan yang terputus hubungan dengan ATC pada 0724 (Waktu Indonesia).
  • 1441 (Waktu Malaysia) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar di Kuala Lipis, Pahang berkata Malaysia sedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat.
  • 1556 (Waktu Malaysia) - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada sidang akhbar di Sepang berkata Malaysia telah mengerahkan tiga buah kapal dan sebuah pesawat C130 Hercules untuk membantu dalam pasukan mencari dan menyelamat pesawat AirAsia itu, yang diterajui pihak berkuasa Indonesia.
  • 1743 (WIB) - Setakat pukul 1700 pasukan pencarian SAR Indonesia belum dapat mengesan isyarat pesawat AirAsia QZ8501.
  • 1840 (Waktu Malaysia) - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur meminta anggota keluarga dan waris penumpang bersabar dan terus berdoa operasi SAR dapat diselesaikan secepat mungkin.
  • 1900 (WIB) - Ketua Basarnas, Soelistyo mengumumkan operasi SAR pesawat AirAsia QZ8501 dihentikan sementara kerana cuaca gelap dan akan disambung semula pagi esok.

Pesawat AirAsia jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC membawa 162 orang penumpang yang terdiri daripada 138 orang dewasa, 16 orang kanak-kanak dan seorang bayi, 2 orang juruterbang dan 4 anak kapal.

Juruterbang bertugas ialah Kapten Irianto dan pegawai penerbangan, Remu Emmanuel Plesel.

Warganegara penumpang pesawat adalah :
155 dari Indonesia, 3 dari Korea Selatan, termasuk seorang bayi, satu dari Malaysia, satu dari Singapura, satu dari Perancis dan satu dari United Kingdom - Bernama.

Why Me... Huh?

3:30 PM 0
Why Me... Huh?
Tuca nak lepaskan kemarahan kat sini, boleh tak?
Tuca marah sangat ni... dah tak fikir dosa or whatsoever...

Well... Tuca faham bila hidup menumpang lelagi rumah in law, kita kena ikut depa punya syarat wawasan etc... kk Tuca faham sangat !! Sampai kalau kita masak untuk laki kita pun, kena fikir perut orang lain sekali, yes of coz I admit !



.. Tapi yang buat Tuca marah sangat is... Whyyyyy bila time Tuca masak lauk simple, masak kuantiti banyak, takde pun nak makan repeat, but then bila masak sedap je, Nasi Tomato as example, ada yang makan repeat...and repeat... sampai Tokis tarik muka.

*Teruk !

Nak layan Tuca macam family? 
Jauh sekali.... Tuca tak rasa I am in family tau... Rasa macam seorang yang disuruh itu ini tanpa batasan... hurm... takde la diorang suruh apapun... cuma rumah sepah, sila kemas..

that's all.

Sedangkan.......

.. Ok biar Tuca simpan pekung yang lain ni... I am really~really~really~ FADE_UP ! 

I switch on the lamp at the kitchen, then he will switch off... OK faham, ini rumah awak... tapi saya nak masak... saya nak itu dan ini... penat nak switch setiap kali awak tutup... what wrong with you? memang nak psiko saya sampai sakit or 

WHATttttt??

Tuca memang nak blah dari rumah ni.. Dah jumpa rumah, no.telefon takde pulak... Penat tau makan hati... nak anggap Tuca menantu jauh sekali...

SABAR..?

SABAR never give me anything :) enuff said.

Pesawat Air Asia Dari Surabaya ke Singapura Dilaporkan Hilang !

1:19 PM 0
Pesawat Air Asia Dari Surabaya ke Singapura Dilaporkan Hilang !

Tak habis lagi cerita MH370, sekarang Air Asia pulak dilaporkan putus hubungan !

Kuala Lumpur - Pesawat Penerbangan Air Asia dari surabaya ke Singapura hilang komunikasi dengan menara kawalan pada hari Ahad. Pesawat QZ8501 terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan, menurut kenyataan syarikat penerbangan tersebut.

AirAsia Indonesia mengesahkan penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah terputus hubungan dengan menara kawalan pada jam 0724 pagi ini.

“Pada ketika ini, kami tidak dapat memberikan butiran lanjut berhubung status penumpang dan kru pesawat.”

Sumber - Astro Awani

Tuca Bangun Awal !

11:45 AM 0
Tuca Bangun Awal !
Dah lama tak bangun awal pagi cecuti ni... alhamdulillah harini sukses ! kembali pada breakfast... Tuca bikin scrambell egg je, makan dengan roti.. cuma tak best sebab takde marjerin... takpela, dah rezeki makan dengan cili sos, i is bedal je... hewhew

Lama jugak tak buat entri random... saja entri kosong je ni, Tuca masih takde idea nak bikin entri pasal apa... entri Cameron tinggal last part aje... hahaha... bukan orang baca pun... tapi sesuka kita je nak sharing...


Happy Sunday !

Sinopsis & Review - Noda Setitik Arak - Part 1

12:32 AM 0
Sinopsis & Review - Noda Setitik Arak - Part 1

JUDUL : Noda Setitik Arak (Bahagian 1)
PENGARAH : Ellie Suriaty Omar
PELAKON : Izara Aishah, Benjamin Ibrahim (Benjy), Azri Iskandar, & Sharifah Shahora

SINOPSIS
Kisah tentang Roslan, seorang pekerja yang taat dan setia pada majikannya, Datuk Bakhtiar.. Roslan juga mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung.. Suatu hari, Roslan dinaikkan pangkat dan tidak sabar menemui isterinya.. Namun, Roslan terpaksa menghantar Datin Noreen ke suatu tempat atas permintaan Datin Noreen... Malang tidak berbau, Roslan kemalangan semasa dalam perjalanan dan meninggal dunia..

Ini membuatkan Mawar menjadi agak tertekan dan mengalami kemurungan... Akibat dari kemurungannya, Mawar keguguran... Dia menjadi semakin tertekan dan terpaksa dimasukkan dalam Hospital Bahagia... setelah beberapa tahun, Mawar dibenarkan keluar dan bermulalah konflik di mana Mawar ingin membalas dendam kerana mengesyaki Datin Noreen adalah punca kematian suami dan anaknya...

Apakah kesudahannya...?? oh ya... episod aku tengok ni Part 1, ada Part 2 nanti :)

December 27, 2014

Quotes #29

11:23 AM 0
Quotes #29

Happy Saturday bloggers !

December 26, 2014

Quotes #28

11:18 PM 0
Quotes #28

You can close your eyes,
to the things you
dont want to see...

But you can't close your heart,
to the things you
don't want to feel...

Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 6 - Layan Grill & Steamboat !

4:51 PM 1
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 6 - Layan Grill & Steamboat !


Dari Banglo Kilat TNB, dari dalam rumah pun nampak lah bebudak tengah main kat taman... syioknya kalau ni rumah sendiri... suasana yang meriah... dengan taman permainan... tanah lapang... wahhh nyaman sangat... terbayang2 dah suasana cameron ketika itu...

.. Hari Isnin, 15 Disember 2014, tengahari kami makan lauk apa yang ada, yang dimasak masa datang hari Ahad tu... tapi mama goreng ikan pekasam yang aku buat.... sedap pulak lepas perah limau nipis... masam2 masin tu pembuka selera sungguh !


Petang pulak kami buat Grill & Steamboat... Grill guna periuk ajaib je uolsss... habis citer... tak payah nak susah2 guna arang... tapi aku lebih suka aroma arang.... sobsss.... Tukang Grill adalah Adib, adik aku.... dan steamboat, aku yang buat.... aku buat untuk tuan suami, adik2 dengan anak buah je... mak2 sibuk layan sotong kangkung & rehat kat hall... hahh ! kuah steamboat tu mama ler yang bikin... aku tukang rebus2 je... mihmih






Tukang bukak bungkusan mee interframe ~





Pakngah Adib with Arissa & Aqeel,
and my heroes , Adib, Abah dan Aboy...

All about "A"s...



Suasana malam sangat cantik... bunga merah ni keluarkan warna dia yang sangat terang tau... tapi gambar ni pecah plak... so tak nampak sangat kecantikan bunga dia... bila dah malam... sedih laa plak... esok dah kena balik... sobssss.... ! kenapa laa hari berlalu begitu cepat...?? rasa macam taknak balik dah... taknak hadap dah stress dan depress... nak duduk tempat sejuk sambil happy2 je.... alamakksss... divasss sangatt plak ~

Thanks for reading ya :)
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 1

December 24, 2014

Suami Lebihkan Perut Sang Isteri...

11:09 PM 0
Suami Lebihkan Perut Sang Isteri...
Siapa yang dah biasa baca entri Tuca, mesti muak kalau baca entri Tuca pasal makan, mesti berkaitan Ayam Penyet atau Nasi Ayam... haha ! ini memang feveret Tuca...

.. Bangun dari tido je tadi ada nasi ayam atas meja... bersinar mata Tuca ni uolss.... nasi ayam MamaNora beli memanglah sangat Tuca suka.... bagi 10 bungkus pun Tuca mampu habiskan ! wah wah tamak haloba sungguh koooo.....

Tengah2 makan, Tuca asyik pandang bekas polistrin Tokis... Tokis tanya kenapa, Tuca geleng kepala sambil senyum cecomey je... then sambung makan... Tuca nampak Tokis makan nasi je.. ayam dia amik sikit2...

Tokis dah habis makan... then rupanya bawah ayam tu ada lagi nasi yang tak habis... Tokis offer kat Tuca... Tuca serba salah sebab nasi dalam polistrin tu memang sikit... kalau dah Tokis tak makan sampai habis, berapa banyak je Tokis makan seyyyy....

"Sayang amik laaa.... abang tahu sayang suka nasi ayam ni...."..

.......... Dalam serba salah, Tuca habiskan jugak... aduhai ~


Jadikan malamku lebih indah..
Jadikan siangku lebih terang...
Biarkan "bungaku" mewangi...
Selamanya ~~~

Thanks hasben !

Kekeliruan Boat Noodles Halal Dan Haram ~

9:27 PM 0
Kekeliruan Boat Noodles Halal Dan Haram ~
Ramai yang keliru dengan status Halalan Boat Noodles ni... ehhh Tuca pun kompius tau.... baru nak ajak Tokis pi makan...tetiba keluar statement dan gambar cakap Boat Noodles ni tak halal... ertikata lain, NON-HALAL !

Aiks? camne ni? Tuca tengok ramai sangat blogger Melayu Islam yang buat review pasal Boat Noodles tu.... dan itu yang buat Tuca bersemangat menggedik dengan Tokis supaya dapat makan Boat Noodles ni... haih... 


Sebenarnya, VM Boat Noodles yang Non-Halal, yang ada di Publika , tulis Boat Noodles je, hah ! yang tu Halal ~ Pork Free... bukan khinzir percuma ye, tapi bebas dari anasir khinzir.. hihi

So ! Hajat dihati berkobar2 nak pujuk Tokis... tapi sebab rezeki kami belum ada untuk pergi jejauh, maka berangan sudah cukup... 

Ok tu je :) so harap takdelah yang masuk page VM Boat Noodles semata2 nak tanya depa halal ke tidak, depa dah banyak kali kasi tau....

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

7:44 PM 1
Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wordless Wednesday #26

7:27 PM 0
Wordless Wednesday #26

Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 5 - Cactus Point !

6:39 PM 0
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 5 - Cactus Point !
Assalamualaikum wbt,

Sambungan ! Sambungan ! Kami pergi ke Cactus Point.. kat situ banyak pokok cactus yang menggeramkan aku... tapi tak sempat ambik gambar sebab camera kat abah waktu tu....  sobs... abah pulak tak tangkap banyak gambar... best part aku lupa masa tu tengah pegang henpon.. kalau perasan dah lama aku snap guna henpon tau !

Kami beli gelang je kat sini... MURAH ! Aku memang mencari gelang sebab aku ni HANTU GELANG sangatttt ! si Lia konon2 beli nak pakai, tapi dia banyak bulu roma, so tersangkut2 getah gelang kat bebulusss dia.... huahua

Ok... citer kat sini tak banyak sangat... sebab kami tengok2 je.... aku nak beli pun rasa macam not worth je sebab hidup masih menumpang... kalau rumah sendiri dah lama aku borong pokok2 cactus tu yuolssss !

Jom lah layan gambar2 syok sendiri kami anak beranak... tenkiu ye sudi baca... mihmih


Generasi Muthal'lib bin Mohammad ~



HadekkkBerahdekkkk selpieeee ~~~



Mamaku yang santekkkk ~~~

December 23, 2014

Quotes #27

11:24 PM 0
Quotes #27

True forgiveness is when you can say..
"Thank you for the experience"..
- Oprah Winfrey -

Berapa Sangatlah Nilai Duit Syiling Tu....

11:27 AM 0
Berapa Sangatlah Nilai Duit Syiling Tu....
Sedih bila tengok syiling bersepah seolah tidak berharga... teringat peminta sedekah merangkap mengemis yang mencari sesen untuk koleksi supaya boleh mengisi perut... betapa berharganya syiling itu bagi mereka yang susah, dan betapa "sampah"nya syiling tu pada mereka yang senang menghitung wang kertas..


Ini adalah koleksi syiling yang sentiasa Tokis dan Tuca kutip kat rumah in-law awali kami tinggal di sini... Tokis kumpul dalam gelas... banyak kan?

Masa kami tinggal kat Selayang berdua, kehidupan Tuca dengan Tokis sangat susah sampai perlu menggadaikan henpon dan cincin kawin... Tuca tak kisah sebab ini pilihan Tuca untuk susah senang dengan Tokis... 

Suatu masa kami tak ada duit langsung.... mujur Tokis ada simpan syiling... bila kira2 dapatlah dalam RM6... dengan duit tu kami makan roti canai dengan teh tarik je....

Bagi Tuca... berapa sen pun nilai matawang tu... tetap berharga... sebab syiling lah kami berdua dapat makan roti canai time tu... kalau tak, perut tak terisi la gamaknya.. hihi

Cheers,
Tuca.

December 22, 2014

Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 4 - Minum Air Kelapa Laut !

11:20 PM 0
Cuti-Cuti Cameron Highland Banglo Kilat TNB - Part 4 - Minum Air Kelapa Laut !
.. Maka bersambunglah kisah yang tak habis2 ni... hahaha ! Update ni hanya malam je laa... sebab aku kalau siang memang tak bersemangat sangat...

Ini sambungan kisah masa pergi Cameron Lavender aritu... saja nak tayang gambar lagi... hewhew... sambil menaip ni, terbayang Cameron lagi... I miss that place, seriously !



Masuk je situ, kita dah nampak kereta ni dah... sebelum tu ada mat bangla kot, yang offer untuk tangkap gambar kita... bergambar?? ok itu memang feveret aku... so cheeseeee ~



Masa ni mak2 tengah pergi toilet... biasalah orang berumur kan... ai is jelesssyyy tengok orang boleh urinated tau ! ehhh melencong lak cerita... haaa so apa lagi... bergambar lagi dan lagi !





With mama & lia...





Lepas tu fefeeling jadi kumbang dan bunga lah memasing... kat sini, bunga tu korang boleh petik... sekuntum petik = RM 2... Mama sebenarnya nak petik strawberry, tapi staff kata pokok strawberry dah botak... budak2 dok pulun petik tak hingat doooniaaa.... ohhh keciwekkk lagi !


Mataku lirik2 selalu ~~~
Mukaku manis2 ayu ! ~~~
lalalalalaa.........

Duduk diatas... asyik syok sendiri je kami2 ni.... atas sikit lagi dah masuk tanaman sayur2... kami tak pergi pun... agak letih jugak la kaki dok memanjat bukit.... dengan sejuk lagi... opsss ! iolsss kan divassss sangat ! mestilah kena tahan sejuk... hohoho



Konon2 nak snap background yang berkabus...
tak nampak laa plak...



Last pic sebelum bergerak dari Cameron Lavender...



Ini??
Hahhh !! Ni pic abah yang mama snap waktu kami beli air kelapa laut... adoi... rindu plak nak minum air kelapa laut yang sedap sangat tu.... waktu ni abah tunggu kat tempat parking je... abah ni banyak berkorban jugak untuk kasik anak bini happy.... walaupun quite annoying :) sayang abah !

Entri ni syiok sendiri kemain kan?? hahahha thx for reading guys...