March 26, 2013

RESEPI NASI GORENG KIMCHI SEDAP

RESEPI NASI GORENG KIMCHI SEDAP - Assalamualaikum wbt. Percayakah anda aku baru makan sejam yang lepas? Sebenarnya dah lama nak update resepi nasi goreng simple ni. Nasi goreng ni sesuai untuk korang yang suka variasi rasa masam dan pedas. Shud try!

Mana dapat kimchi? Haaa kimchi tu aku buat sendiri. Aku suka buat kimchi tapi aku tak suka makan mentah. So aku letak dalam nasi goreng atau asam pedas. Seriously menggugat keimanan aku. Nasi goreng ni tak perlukan bawang dah sebab bahan perapan kimchi pun dan ada bahan basic nasi goreng.




RESEPI NASI GORENG KIMCHI
Bahan-bahan :
1 mangkuk kimchi (dipotong kecil/ikut suka)
3-4 sudu air perapan kimci
6 senduk nasi putih
ayam/sosej (optional)
2-3 biji cili api (ketuk) @
1 sudu cili boh
sedikit kicap manis
garam secukup rasa

Cara-caranya :
Panaskan sedikit minyak.. lepas tu goreng kimchi dan airnya serta cili hingga sedikit kering.. masukkan kicap & nasi.. perasakan dengan garam. SIAP !!

RESEPI KIMCHI DI SINI

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.