March 29, 2013

AL-Fatihah buat adik Mohammad Adam Firdaus

Assalamualaikum wbt.. sebak hati tatkala baca posting² dari sahabat kak Rose Aliah.. apa yang terjangka dalam naluri wa akhirnya terjadi .. Allah swt dah ambil adik Adam kembali ke rahmatullah pada jam 6.05 petang tadi.. al-fatihah.. syurga tempatnya..

.. wa tak kenal Adam secara dekat.. tetapi sebab kasih dan sayang terhadap kak Rose Aliah yang wa panggil kak manja... telah membuat wa sayang pada Adam jugak...
Arwah adik Adam disisi mama (kak Rose Aliah) sehari sebelum dia dijemput..
kasihnya ibu.. membawa ke syurga...

Sabarlah hati yang pilu..
buah hatiku sudah tiada disisiku..
sabarlah hati yang pilu..
Allah lebih menyayangi permataku lebih dariku..
bagai PELANGI PETANG kau pasti pergi jua..

.. Semoga tabah kak manja.. aku tahu antara redha.. kau masih bersedih.. kerana Adam adalah kekuatanmu.. Semoga Adam dicucuri rahmat.. amin..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.