RESEPI : Ayam Cencaluk Dan Nasi Goreng Sardin - DARI JARI NOVELLA

October 04, 2012

RESEPI : Ayam Cencaluk Dan Nasi Goreng Sardin

Entry sebelum tido.. (ingatkan nak bikin esok tapi macam entry ni dituntut oleh seorang gadis dipanggil CATY) .. Maka termaktub jugak la entry ni... Sebenarnya dulu makan cencaluk dengan ikan bakar tawar je... Teringat waktu arwah opah ada... Nak bukak botol cencaluk tu habis meletup botol tu.. Gas kuat sangat.... Aduhai kenangan cencaluk dengan arwah opah bikin aku berairmata kat dapur... Rindu sangat teman gaduh seorang tu... ermmmm.... Okehhhh.... Taknak la bermukadimah panjang berjela... Sebenarnya baru dua kali menderhaka resepi nih... Tapi sebab perut macam boleh terima so inilah dia...!! Resepi asal dari blog Abang Matgebusss & resepi sendiri... kuiiikuiiikuiii


RESEPI AYAM CENCALUK
Bahan-bahannya :-
3-5 ketul ayam
½ cawan cencaluk (tambah sedikit air @ tapis)
3 helai daun limau purut

(bahan hiris)
2 ulas bawang putih
1 labu bawang merah
cili merah

(bahan kisar)
1 labu bawang merah
2 batang serai
kunyit
cili padi

gula
½ cawan air asam jawa
3 biji limau kasturi (ambil jus)
Sedikit air *jika perlu*

Cara-cara :

Bahan yang dihiris digoreng sebentar.. Sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.

Kisar bahan2 yang perlu dikisar dan tumis sehingga naik bau sedikit.. Dan masukkan ayam,cencaluk dan daun limau.. Selepas ayam hampir masak.. Masukkan air asam jawa.. Jus limau kasturi dan juga gula.. Akhir sekali masukkan bahan2 yang digoreng garing tadi.. Untuk tambah pedas ketuk beberapa biji cili api..

Rasa ayam cencaluk ni ada masam, manis, pedas & masin ye. Kalau ada semua rasa ni kira jadi lettew.



RESEPI NASI GORENG SARDIN
1 tin sardin (simpan sos sikit)
3 - 4 cawan nasi sejuk

(Bahan kisar)
2-3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
2 sudu cili boh
beberapa biji cili api
------------------------------
sayur kacang panjang *optional*
3 sudu air asam jawa
gula
garam

Cara-cara :-
Sardin tadi dilenyek.Tumis bahan kisar, dah sedikit garing masukkan sardin.. Campak sayur kacang panjang... Tambahkan segala bahan perasa... Siap !


No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.