August 04, 2012

Cincin Di Jari Manis~

Ehem... Tahu tak kenapa cincin tunang ke.. Perkahwinan ke... Biasa disarungkan ke jari manis..?? Meh nak tunjuk propa.. Wa tahu ramai yang dah buat entry nih... Tapi sebab wa pun nak sesemakkan blog wa dengan perkara sama... Maka... Dengan lenggang kangkungnya aku pun copy paste jugak hal ehwal yang sama... Punca...?? Terminat pulak dengan propa cincin nih haaa....



Ok now.. Satukan kedua tangan korang dan tekuk jari tengah ke bahagian dalam.. Kemudian 4 jari lainnya pertemukan ujungnya (lihat gambar)...

Permainan dimulai... 5 pasang jari tetapi hanya sepasang yang tidak boleh dipisahkan...

Cuba buka ibu jari korang... Ibu jari boleh di buka kerana ibu jari mewakili orang tua... Manusia mengalami sakit dan kematian... Oleh kerana demikian orang tua kita juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti...

Tutup kembali ibu jari korang dan buka jari telunjuk korang... Jari telunjuk mewakili saudara kita (abang,kakak,adik)... Mereka memiliki keluarga sendiri... Dan mereka juga akan meninggalkan kita suatu hari nanti...

Sekarang tutup jari telunjuk korang dan buka jari kelingking korang... Jari kelingking mewakili anak-anak... Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita kerana mereka harus berkeluarga sendiri...

Selanjutnya.. Tutup jari kelingking korang... Bukalah jari manis dimana korang menyarungkan cincin perkahwinan... Korang pelik tak kenapa jari manis tu tak boleh dibukak walaupun korang siksa dia... Buntalkan mata pun.. Tak boleh bukak jugak...?? Ini kerana jari manis mewakili suami isteri... Selama hidup korang dan pasangan korang akan terus melekat satu sama lain... Sehidup semati... :)

Actually wa tengok benda nih dalam cerekarama yang Eman Manan dengan Sharifah Amani berlakon tu... Sampai mama pun test buat benda nih... Yeahh looks sweet pe... Ada betul jugak tu.. Kan...??


:: NotaJiwa ::
Teringin kahwin... Tapi taknak kahwin... Boleh gitu..??

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.