SINOPSIS MENCINTAIMU (CEREKARAMA TV3)

SINOPSIS MENCINTAIMU (CEREKARAMA TV3) - Korang dan korang korang korang tengok tak cerita MENCINTAIMU di saluran TV3 slot Cerekarama..?? My first expression just like.... WooWwww...!! Kenangan lama muncul kembali.... Hebarkkkk... Sebab aku pernah melalui zaman jatuh cinta dengan seorang lelaki agak berumur.. Huh..!! Zaman baru habis sekolah dulu... Kene kejutan budaya... (ok aku dah melalut...)

" Jika kita mencintai seseorang.. Bermakna kita sanggup bersedia menangis kerananya.." Haa ini ayat Pak Eman Manan keluarkan dalam cerita tu.. Dan aku suka, automatik sebak.. Dan ternangis depan TV.. Sebabnye.. Aku teringat bagaimana sakitnya bila kehilangan CINTA yang kita harap akan selamanya milik kita... Homaigoshhh hilang brutal sebentar tadi..


JUDUL : MENCINTAIMU
MASA : 28 APRIL 2012, jam 10 malam
SLOT : Cerekarama TV3
PENGARAH : Haris Kadir
PELAKON : Eman Manan, Sharifah Amani, Tarmizi Siregar, Aida Rahim

SINOPSIS
Mengisahkan seorang gadis bernama Juliana yang berumur 25 tahun, nekad tidak mempercayai lelaki lagi kerana acapkali ditinggalkan tanpa alasan. Tindakannya itu memberi kebimbangan kepada kedua orang tuanya.

Satu pertemuan yang tidak dirancang dengan Khairul Izwan, telah merubah kehidupan Juliana. Kehadiran lelaki itu seakan memberi sinar baru buat Juliana kerana sikap prihatin dan kematangannya. Juliana telah jatuh cinta pada Izwan. Izwan yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini, turut menyintai Juliana dalam diam kerana penampilan serta sikap Juliana saling tidak tumpah seperti seseorang yang pernah singgah di dalam hidupnya.

Akan tetapi Juliana bimbang hubungannya bersama lelaki yang hampir seusia dengan kedua-dua orang tuanya itu tidak direstui oleh ibubapanya, Osman dan Zainun. Kerana jarak umur, mereka hanya memendam perasaan masing-masing.

Zainun yang mula dapat menghidu perubahan anak gadisnya itu, telah mengajar Juliana memikat hati lelaki serta menentukan penampilan Juliana. Cara penampilan dan tindakan Juliana atas hasil tunjuk ajar ibunya semakin mengingatkan Izwan kepada seseorang.
SINOPSIS MENCINTAIMU (CEREKARAMA TV3) SINOPSIS MENCINTAIMU (CEREKARAMA TV3) Reviewed by Tunsha Ayunie on April 29, 2012 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.