January 10, 2012

Ben Ashaari : Pesan dia, IBUKU~

Dah lama jugak tak join segmen AbangBen ni.. Quite busy plus tak berapa sihat sejak akhir2 treatment ni.. Segmen kali ni agak menarik.. Jadi wa pun join dengan niat berkongsi cerita.. Disebabkan tak berapa boleh tidur ni.. Baik wa menulis something..



Tarikh tutup :: 6pagi bersamaan 10hb January 2012


.. Mukadimah sebelum pointin asal.. Wa seorang yang cepat down.. Cepat sedih dan sangat rasa rendah diri.. Tapi mama sebagai penguat semangat wa..


Lepas wa putus cinta.. Berminggu jugak wa down.. Tapi mama selalu pesan.. Wa nih cantik.. Ada lagi lelaki baik yang mahukan wa.. Mama sentiasa suruh wa kuat semangat.. Mama cakap Allah swt sayangkan wa.. Mama cakap wa kuat.. Dia jugak suruh wa jadi seorang yang berguna.. Jadi manusia yang ber-karier.. Biar one day orang salute wa sebab evento wa sakit.. Wa masih boleh berjaya.. Mama jugak selalu pesan pada wa.. "Biar orang buat sesuatu dengan kita.. Kita jangan buat tak elok dengan orang.." Tapi ketabahan wa tidak akan dapat membatasi ketabahan mama.. Mama adalah sumber kekuatan wa..


Mungkin penulisan wa tidak banyak mengenai pesanan mama.. Tapi hakikat di dunia wa.. Mama sentiasa menguatkan semangat wa untuk tidak terus mengalah.. Dia tak suka kalau anak2nya mengalah.. Sepertimana mama berjuang untuk pembedahan derma buah pinggang pada wa dulu.. Dia mahukan anak2nya berjuang menjadi lebih matang dalam hidup..

She's the one.. No replaced :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.