December 17, 2011

RESEPI ROTI NAAN, AYAM TANDOORI DAN CHUTNEY

RESEPI ROTI NAAN, AYAM TANDOORI DAN CHUTNEY - Auni seorang penggemar roti naan. Tapi sekarang roti naan kan mahal so apakata kita ambil alternatif buat sendiri je. Lagi sedap kan? Untuk ayam tandoori pun, Auni buat semuanya sendiri, termasuk sos chutney. Alhamdulillah, adik-adik pun suka.

So, Auni nak share resepi homemade roti naan , ayam tandoori dan chutney. Semoga bermanfaat untuk yang rajin masak. hahaha

Gambar dari Google je.

RESEPI ROTI NAAN
BAHAN-BAHAN :
6 cawan tepung gandum
2 cawan tepung berserbuk penaik
1 cawan susu cair
1/2 biji lemon
1 paket yis - dibancuh dengan air suam 1/2 cawan dan biarkan mengembang
2 sudu marjerin
2 sudu besar gula castor/gula pasir
1 sudu teh garam

*Optional*
Cheese (mozarella/cheddar) -parut-
Garlic -cincang-

CARA-CARA :
Perah lemon dalam susu cair. Ini adalah proses membuat tairu/yogurt. Boleh diganti dengan 1 cawan yogurt asli.

Campurkan tepung gandum dan tepung berserbuk penaik. Ayak tepung-tepung ini ye. Tujuannya untuk meringankan tepung tersebut.

Kemudian masukkan gula, garam dan marjerin dalam tepung. Gaul hingga rata dan sebati. Buat lubang tengah-tengah adunan tepung tu. Masukkan bancuhan yis dan juga yogurt.

Uli lagi. Lagi lama diuli, roti akan jadi lembut ye. Kalau adunan kering sangat, boleh tambah air suam.

Dah sebati semua adunan roti, tutup adunan dengan kain basah. Biarkan sehingga roti kembang. Bila roti dah kembang, tumbuk-tumbuk sikit doh tu dan uli lagi. Kemudian bolehlah bulat-bulatkan dan leperkan roti tu. Saiz ikut kehendak korang laa.

Letak sedikit planta dan gorengkan roti tadi.

RESEPI AYAM TANDOORI
BAHAN-BAHAN :
Setengah ekor ayam (potong ikut suka)
5 ulas bawang putih
2 inch halia
2 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
1/2 ikat daun ketumbar dan akarnya
1 cawan yogurt
1 sudu serbuk ketumbar / 1 sudu biji ketumbar dikisar halus
garam
1/2 biji lemon
1 ketul kiub Pati Ayam Knorr
sedikit pewarna merah

CARA-CARA
Ayam dikelar-kelar isinya dan diperap dengan 1 sudu besar serbuk cili, sedikit garam dan setengah biji lemon. Biarkan dalam 2 jam supaya perisa boleh masuk ke dalam isi ayam.

Kisar halus kiub pati ayam Knorr, bawang putih, halia, serbuk ketumbar, daun ketumbar beserta akarnya dan yogurt. Tidak perlu letak air.

Campur bahan kisar tadi dengan sedikit pewarna merah dan masukkan garam dan gula. Kemudian lumur pada ayam dan perap 5 jam.

Lapikkan aluminium foil atas dulang pembakar dan griskan sikit dengan minyak sapi. Susun ayam dan bakar dalam oven dalam kepanasan 200'c . Set masa 30 minit.

TIPS : Kalau nak masak dalam kuali, balut ayam dalam aluminium foil dan letak dalam kuali. Gunakan api kecil. Sementara masak tu boleh tutup kuali ye? Kalau cara ni, ayam masih rasa juicy.

RESEPI CHUTNEY HIJAU
BAHAN-BAHAN :
2 biji cili hijau
seinci halia
secawan daun pudina
setengah cawan yogurt
garam
sedikit perahan lemon

CARA-CARA :
Kisar semua bahan diatas. Perasakan dengan garam. Panaskan kejap atas dapur. SIAP!

4 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.