RESEPI : Ayam Goreng Cili Api - DARI JARI NOVELLA

December 20, 2011

RESEPI : Ayam Goreng Cili Api

Resepi ni mama buat masa famili abah datang rumah. Mama ada buat makan-makan sikit. Haritu mama ada masak ayam goreng cili api dengan sup panas. Makan camtu je dengan nasik, sedap kemain hokeyyy...

Aku tak sempat tangkap gambar so aku cedok dari Google je kekdahnya.
Sumber gambar - eynda diary

RESEPI AYAM GORENG CILI API
Bahan-bahan  :
1kg ayam (ikut suka mau berapa banyak)
Garam
Kunyit

(bahan kisar)
1kg cili api
6labu bawang putih

garam
gula
serbuk perasa *optional

Cara-cara  :
Lumur ayam bersama garam dan kunyit. Then goreng sehingga garing/masak.

Sementara tu.. Kisar cili api bersama bawang putih sehingga hancur.. Masak bersama minyak yang banyak.. Setelah cili masak.. Masukkan segala bahan perasa.

Dan akhir sekali.. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.

Siap. :)

2 comments:

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.