HATI .. Kekuatan Kau Tidak Terzahir :) - DARI JARI NOVELLA

September 24, 2011

HATI .. Kekuatan Kau Tidak Terzahir :)

First of all.. Assalamualaikum wbt :)

Entry ni mungkin lain dari yang sebelum ini.. Hanya coretan dari isi hati wa yang sunyi semasa kini..


Hari ni wa saje nak coretkan mengenai.. HATI.. Yes.. HATI?? Tak semua yang kita tulis tu mengenai diri kita sendiri kan?? Tak semua kita harus coret pasal hal ehwal semasa kan??


Well.. Wa bukanlah seorang penulis walaupun cita2x menjadi seorang penulis tu sentiasa ada..


Emm.. Sometimes kita akan berasa terluka.. Hati sentiasa dirobek.. Kadang-kala kita rasa dibahagiakan.. Dan kadang-kala kita akan berasa disisihkan..

Apakah HATI kita untuk dikejami??

Lepas wa bercuti dari online selama berhari-hari ni.. Wa selalu berfikir.. (Disebalik pengalaman 21 tahun hidup kini).. Adakah HATI itu hidup untuk dipermainkan seperti boneka..? Apakah jadi perempuan ini hanya untuk menundukkan nafsu kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pembimbing kaum wanita..?


Sambil merenung bilik sekeliling.. Wa menangis.. Sedih dengan keadaan sekeliling.. Sedih dengan manusia senasib.. Walhal hidup ini indah.. Kenapa harus corakkan di "kanvas dunia" ni dengan warna2 yang kelam dan kusam??


.... Manusia sekeliling akan sering berkata.. "Bukan permintaan aku jadi macam ni.."


Tanyalah kepada pelacur,bapok,pengkid atau yang bermasalah dalam hidupnya.. Adakah mereka mahu hidup macam tu?? Adakah selamanya mereka mahu kehidupan macam tu??


Tapi kerana godaan nafsu dan pemberontakan dari hati yang terluka.. Membuatkan mereka buat sesuatu diluar kawalan mereka..


Andai yang mengenali diri wa sedalamnya.. Tahu akan kehidupan wa lalui sekarang.. Bahagia disisi keluarga.. Namun pemberontakan jiwa yang ingin mencari diri sendiri sentiasa terikat..


You can judge me by outside.. Because u dont know what and how I feel inside.. You never knows! :)


Sedalam mana wa menagih cinta seorang lelaki.. Wa tidak akan dapat pengganti sidia.. Demi Allah sehingga kini wa terluka.. Wa tak segagah dirinya.. Wa tak sepandai dirinya.. Wa tak sekaya dirinya.. Wa hanya mampu menaip menggunakan keyboard.. Dan mengalirkan airmata.. Mengharapkan pengganti dirinya.. Wa hanya insan biasa yang memerlukan pendamping diri..


... Tapi wa harus kental.. Wa nak jadi bunga orkid.. Tak mudah layu.. Wa taknak terus tunduk dengan perasaan sendiri.. Menagih benda yang tidak pasti.. Melukakan hati sendiri.. Menyakiti hati sendiri.. No no no!! Wa taknak macam ni..


Tahu ape wa cuba huraikan?? That mean.. Walau apepun yang jadi.. Tak perlulah tunduk dengan kelemahan yang sedia-ada.. Dengan ini.. Wa tegar nak jadi bunga Orkid.. :) Dah taknak tersedu-sedan hanya kerana orang yang tidak tahu menghargai.. 

2 comments:

  1. apa pun terjadi kita kene move on :)

    ReplyDelete
  2. cinta itu seperti kentut, di tahan sakit, di lepas lega....hahaha

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.