RESEPI BROWNIES SEDAP DAN LIAT - DARI JARI NOVELLA

August 09, 2011

RESEPI BROWNIES SEDAP DAN LIAT

RESEPI BROWNIES SEDAP DAN LIAT - Actually nak menyatakan perasaan bangga sebangga-bangganya sebab first time buat kek sampai habis dimakan .. Bangga tak habis lagi ni. Aku memang kekadang fedap gila nak buat kerja baking ni especially buat kek sebab mesti bantat je lepas tu. 

Siapa suka makan Brownies? Resepi brownies ni aku adopted kat myresepi.com. Aku peminat setia dalam mencuba pelbagai menu. One day tu macam teringin sangat nak makan brownies yang liat-liat tu sampai punya gigih mencari resepi, akhirnya jumpa jugak.


RESEPI CHEWY BROWNIES
Bahan A
(Cairkan guna double boil atau microwave selama 2 minit)
200 gm mentega
400 gm coklat masakan

Bahan B -
5 biji telur gred A
310 gm gula perang
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar emulco coklat (takde pun takpe) 

Bahan C -
100 gm tepung gandum - diayak
40 gm cocoa powder - diayak
140 gm kekacang (pecan, walnuts, almonds etc..)

Cara-cara :
Panaskan oven 160 C. sediakan loyang, alaskan dengan kertas serap minyak. 
( guna kertas A4 je pn boleh)

Cairkan bahan A, sejukkan sebentar. Pukul bahan B hingga gula hancur. Campur dengan bahan C.

Tuang ke dalam loyang, bakar selama 45 minit atau hingga masak. Bila dah masak, keluarkan perlahan-lahan dari oven. Potong panas-panas, sebab kalau dah sejuk susah pulak nak potong.

Senang kan? Diingatkan resepi ni tekstur dia liat2 sikit tau. So kalau liat2 jangan kata hakakkk tak bagitau... Selamat mencuba !

5 comments:

  1. nakk try laa nti. nampak sedappp . omnomnommm :D

    ReplyDelete
  2. awak.. nak tanya..coklat masakan apa2 brand pun boleh ke?
    yg biasa2 punya brand blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa-apa brand pun takpe, sebab saya guna yang takde brand pun sedap :)

      Delete
  3. Salam awak nak tanya tepung tu guna tepung apa?

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.