RESEPI MASAK LEMAK CILI API NANGKA - DARI JARI NOVELLA

August 23, 2011

RESEPI MASAK LEMAK CILI API NANGKA

RESEPI MASAK LEMAK CILI API NANGKA - Assalamualaikum wbt. Mood masih zero ketika ini. Lama jugak tak update blog. Sengaja laaa nak habaq yang aku ni terlebih rajin memasak. Aku masak, aku yang makan. Bertambah nasi sampai 3 kali.

So aku nak share jela resepi aku masak kannnnnnnnnnnnn?? Maklumlah aku kan jenis masuk bakul angkat sendiri tak sudah-sudah. Lulzzz


Ini pulak Masak Lemak Cili Api Sang Nangka+Perut+Kaki Ayam.. 
 Agak2 kau terliur tak tengok Chef Bedah punya masakan ni?? 
Chef Bedah tau kau sukakannya!!



RESEPI MASAK LEMAK CILI API NANGKA
Bahan-bahan :
[Bahan Rebus]
Kaki Ayam - potong 2 dan rebus (ikutlah banyak mana kamu mahu)
Nangka Muda - potong kekecik barulah senang nak makan - rebus jugak
Perut towel - ikut jugaklah banyak mana - direbus & dipotong kecil

[Bahan Kisar]
2 labu bawang merah
1 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
30 biji cili api - nak pedas lagi tambah, nak kurangkan pun boleh
Sesedap rasa belacan

[Bahan Lain]
2 cawan santan pekat
sedikit air
1 batang serai - ketuk
beberapa helai daun limau purut

[Perasa]
Garam
Gula
Sedikit Pasti Sedap Knorr - takde pun takpe

Cara-caranya :
So bahan-bahan rebus tu korang ketepikan dulu. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Campak segala serai dan daun limau. Dah macam nak tergaring bahan tumis tu, bolehlah masukkan santan dan air. Masukkan bahan rebus tadi. Perasakanlah guna garam dan gula.

Siap!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.