June 14, 2011

HUBUNGAN tidak mampu BERTAHAN .

Dah lama wa tak buat entry yang agak berpointin ni .. Now wa saja nak buat walaupun diri ini sudah tidak dimilik .. erhh!! (Sound very the very frustrated kan kan kan?)

1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan .. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan .. namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka .. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan .. (Wa menipu untuk benda-benda yang TERPAKSA) Contoh Mama call suruh balik awal .. Tapi bila sidia tanya .. Wa bikin cerita lain .. SEBAB?? Wa hanya nak spend time dengan dia .. (Tapi dia tak faham) ..

2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan .. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya .. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan .. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan .. tetapi dikongkong .. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat .. (Wa tak pernah rasa tersekat .. tapi kerana HARAPAN la wa menonggeng frust sekarang .. Haha!)

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis .. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami .. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius .. Tapi sesetengah wanita .. yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan .. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja .. Jadi kalau timbulnya konflik ini .. perhubungan boleh menjadi putus .. (Wa akui wa adalah insan malang tersebut ..)

4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas .. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama .. Belajarlah dari kesilapan .. jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan .. (Wa selalu mengungkit kebahagiaan yang terjalin antara wa dengan dia dulu .. Tapi ... dot dot dot dot..)

5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan .. perbezaan pendapat memang sering terjadi .. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah .. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan .. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan .. (Bla bla bla .. No comment!)

6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan .. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri .. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka .. (Wa membuatkan dia tinggalkan wa atas sebab ini .. STATUS .. Wa taknak one day dia malu dengan wa ..)

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati .. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain .. Jadi kalau inilah yang terjadi .. hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama .. (Betul la tu .. Kadang dia agak menyakitkan hati .. Tapi wa diamkan sebab ....... ape2 la .. ^-^)

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya .. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan .. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik .. (Buat lah apa kau nak buat .. Tapi harus tahu batas .. boleh cenggitu?)

9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil .. kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil .. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan .. Jangan salah sangka .. orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda .. (Wa lagi pentingkan perasaan keluarga dia .. Dan wa tak mampu berpura-pura) ..
Takdir yang menemukan KITA dengan SESEORANG .. Demi ALLAH wa tak pernah menyesal kenal SIDIA .. DIA berikan segala benda yang wa mahukan .. DIA bahagiakan wa seadanya diri wa .. Tapi kerana TAKDIR yang tertulis jugak KAMI BERPISAH .. Wa tidak meratapi PERPISAHAN itu .. Tapi hanya kerana KERINDUAN yang singgah di lubuk hati... :)


GOD,If I can't have what I want .. please let me want what I have .. when I know things are not meant for me .. I learn to let go .. It doesn't mean I'm weak .. but I'm just showing how strong I am to fight the urge of wanting something which are not supposed to be mine ..

Goodnitez :)

3 comments:

  1. erm ,
    nice entry .
    sedih pulakk ttybe bace entry neyh .
    ):

    : MRS LAT :)

    ReplyDelete
  2. @mr pot n mrs lat Thx dear :) Tuan punya entry dah meleleh air hingus pun :)

    ReplyDelete
  3. laa,dah lama nak tnya ni..pesal apa leh putus ni oni..arini tu kemain bahgia nampak..sabo la yer..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.