May 27, 2011

Sesungguhnya GODAAN itu membuat aku alpa ..

Tuhan ..
Sesungguhnya aku tidak mampu lagi berdiri ..
Dikala sujud aku meronta ..

Tuhan ..
DugaanMU sungguh jua mencabar sekelumit imanku ..
Tidak terdaya aku untuk berkata ..

Tuhan ..
Aku tahu akan hikmahMU dibalik dugaan ini ..
Namun seringnya aku alpa kerana kehendak diri ..
Aku tamak!
Dan aku ketakutan sendiri ..

Ya Rabbi Ya Quddus ..
KAU yang MAHA Memahami diri ini ..
dan KAU yang Mencipta diri ini ..
Lindungilah diriku dari terus dibelenggu nafsu ..
akhirilah nadiku dengan jalan diredhai-MU ..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.