Mama merajuk kerana Habbatus Sauda ..

Sejak wa depressed .. And badan tidak begitu sihat and dalaman wa agak sakit .. Mama belikan minyak Habbatus Sauda untuk dimakan .. Mulanya wa ingatkan Habbatus Sauda tu sejenis madu .. Maka wa pun makan .. Masuk dalam mulut je .. Wa dah rasa macam makan minyak urut .. Termuntah-muntah wa makan ..

And wa skip dari terus menelan Habbatus Sauda tu .. Err .. kalau kapsul mungkin senang wa telan .. Tapi yang liquid ni sungguh buat wa terseksa ..

Mama tahu wa memang mengelak .. So pepagi lagi dia dah panggil wa masuk dapur .. Dia dah ready sudu dengan segala madu .. Dia nak jugak wa makan .. Wa dah macam lari satu rumah .. Wa taknak!! Loya tekak wa ok!!

Tapi mama memujuk .. cair jugak la hati wa .. Wa pun makan .. dengan rasa nak muntahnya .. Dah la mama tak bagi minum air .. Rasa macam serrrr je perasaan wa ..

Mama merajuk dengan wa bukan pasal apa .. Tiba-tiba dia terlanggar botol habbatus sauda tu .. tumpah banyak jugak .. Muka mama dah macam sebak .. wa rasa serba salah .. Salahke wa??

Mama sempat cakap .. "Mama nak hang baik .. hang pulih balik semangat tu .. Mana tahu kuasa Allah buah pinggang hang boleh guna lagi .."

Wa macam speechless .. tapi wa diamkan je .. Wa pun nak nangis tengok mama sudukan baki-baki habbatus sauda yang jatuh tu .. langsung masuk dalam mulut dia .. Sebak wa tengok mama buat macam tu ..

Nota jiwa - Betul jugak .. Wa ni memang tak hargai apa orang buat kat wa .. Lepas ni wa cuba la telan walau wa memang tak boleh nak terima ..

Sedikit info tentang Habbatus Sauda -
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Habbatus Sauda digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya ..
Mama merajuk kerana Habbatus Sauda .. Mama merajuk kerana Habbatus Sauda .. Reviewed by Tunsha Ayunie on May 28, 2011 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.