Kaum adam sangat BENCI kalau kaum hawa ........

Afternoon all!! Lunch sudah? Time to update .. selalu kaum hawa ni akan sentiasa blame people .. iaitu kaum adam .. kan kan kan?? Setuju?? Ok setelah memenatkan diri research .. Saatnya daku menaip sendiri guna jari kaki ..


Suka mengambil kesempatan
Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan mengambil kesempatan ni .. Contohnya macam mengikis duit .. Mengambil kesempatan andai diberikan peluang .. (Tak kisah peluang apapun) ..

Gedik
TERLAMPAU gedik jugak bukan pilihan lelaki .. Gedik boleh tapi jangan la terlalu show off sangat kegedikan tu .. No no no .. Gedik itu manja .. so just gedik seadanya saja ..

Suka memendam perasaan
Lelaki paling tak suka perempuan yang memendam and at last .. dorang emo .. Lepas tu segala tuduhan akan dituduh kat lelaki tu .. ish .. tabbaik tabbaik!!

Cepat meragui lelaki
"Ooooo... kau curang ye?" ... Kalau sekali dua mungkin kaum lelaki ni boleh terima .. Kalau dah banyak kali .. dorang rimas dow .. Lelagi kalau betul dorang tak curang .. Tapi asyik difitnah gitu .. Cer letak tempat korang kat tempat dorang??

Suka berahsia
Kekadang lelaki pun akan meragui kaum gadis .. Lagi-lagi kalau kaum gadis ni sangat la suke berahsia .. Bagi lelaki .. itu bermaksud tidak jujur .. Dan mereka akan terus memikir bukan-bukan ..

Terlalu mengongkong
"U keluar dengan minah tu buat ape?U menduakan i ke?"... Girls .. lelaki kalau sayangkan kita .. mana dia pergi pun kita tetap ada dihatinya .. Dia layan 1001 perempuan pun .. Kamu tetap yang paling utuh dalam hatinya .. Kalau terlalu mengongkong ... mereka akan menyampah dan melabelkan gadis terlalu mengongkong ni sebagai seorang yang terlalu mengada-ngada ..

Tidak pandai berdikari
Terlalu mengharapkan semuanya kepada mereka .. makan la .. minum la .. pakai la .. SEMUANYA guna duit dorang .. Haipp .. Boleh je nak guna .. tapi janganlah sampai kamu dilabel materialistik .. Tidak pandai berdikari juga mereka klasifikasikan sifat ini sebagai LEMBIK!! Tak cool langsung .. So?? Belajarlah berdikari dan tidak mengharapkan kekasih semata .. apa yang penting?? KERJASAMA!!

Ok guys .. Bye!

Hanya auni - Memperbaiki diri lebih baik dari menuding jari ..Terima kasih kamu atas nasihat ini ..
Kaum adam sangat BENCI kalau kaum hawa ........ Kaum adam sangat BENCI kalau kaum hawa ........ Reviewed by Tunsha Ayunie on May 25, 2011 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.