RESEPI TEMPOYAK GORENG MUDAH

RESEPI TEMPOYAK GORENG MUDAH - Assalamualaikum wbt. Kamek sudak benong tempoyak goreng!! Betul ke aku cakap Sarawak ni? Hihi.. Aku kan suka kalau cuba masakan-masakan negeri orang lain ni, so aku cuba la buat tempoyak goreng. Alhamdulillah sedap.


RESEPI TEMPOYAK GORENG MUDAH 
Bahan-bahan :
2 - 3 sudu besar tempoyak
(Bahan tumbuk) 
1/2 labu bawang merah
12 biji cili padi - boleh lebihkan
Ikan bilis digoreng
(Bahan perasa)
Sedikit garam dan gula

Cara-cara :
Panaskan lebih kurang 2 sudu besar minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kemudian, masukkan tempoyak dan gaul dengan bahan-bahan tumis tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Siap.

Mudah kan? Selamat mencuba!

No comments:

Thank you for comment. Do visit me in my next post, ya? :)