STOP!! aniaya DIRI SENDIRI

Morning!! Actually baru je bangun .. macam biasa tunaikan kewajipan jadi alarm clock incik kekasih sebab beliau susah nak bangun pagi .. Then nak sambung tido .. Tak boleh nak tido pulak .. Dapat pulak idea nak menaip dalam entry ..

Lu orang penah aniaya diri?? pernah?? pernah??
Aniaya diri ni banyak .. sebab putus cinta .. rasa kurang kasih sayang .. rasa tak adil kepada dunia .. err .. macam-macam lagi .. haih ..
  • Bunuh diri (ini kerap berlaku zaman sekarang)
  • Menyakiti diri sendiri (kelar tangan..hentak kepala kat dinding..etc)
  • Menangis dan menangis (PERLU! tapi janganla sampai sakit)
  • Menyalahkan diri dengan semua keadaan
  • Sedih .. murung .. rasa tak berguna langsung ..
Yang kat atas ni adalah contoh-contoh bagaimana seseorang aniaya diri mereka sendiri .. boleh jugak dikategori sebagai TIDAK HORMAT DIRI SENDIRI .. tolong!tolong!tolong! janganlah sakiti diri sendiri .. memang sakit bila kita disakiti tanpa kita menyakiti .. tapi ingat ok! Allah itu selalu adil kepada hamba yang teraniaya .. jadi apa yang kita nak sebenarnya?..

Cuba ambil 5 langkah lagi untuk Hormat Diri Kamu .. kesian diri kamu .. tak bersalah dan tak patut sakiti ..
  • Cuba hargai dan sayangi diri sendiri dengan menerima segala kelebihan pada diri kamu .. dan menerima kelemahan diri kamu ..
  • Manfaatkan kelebihan diri untuk hidup lebih baik dan cuba perbaiki kelemahan diri ..
  • Percaya kepada keupayaan diri sendiri .. bukan atas desakan orang lain ..
  • Jadi seorang yang bermaruah .. bukan seorang yang lemah dan lemah dan lemah setiapkali disakiti ..
  • Istigfar .. istigfar .. istigfar ..
Firman Allah,
"Dan orang yang melakukan kejahatan atau kesalahan sendiri tapi setelah mencari Pengampunan Allah,ia akan menemui Allah Maha Pengampun,lagi Maha Mengasihani"
(An-Nisa 4:110)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam .. dan semoga semalam memberi pengajaran kepada kita .. dan semoga esok masih ada waktu untuk kita perbaiki diri .. InsyaAllah :)

Thx sebab membuntangkan mata sambil membaca..
STOP!! aniaya DIRI SENDIRI STOP!! aniaya DIRI SENDIRI Reviewed by Tunsha Ayunie on March 24, 2011 Rating: 5

No comments

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.