March 08, 2011

RESEPI : Kari Kaki Ayam Gojesss



Assalamualaikum wbt. Belajar makan kari kaki ayam ni masa kakak bawak pergi makan kat Jalan Ipoh. Waktu tu aku tengah stress, so kakak aku turun dari Singapore, siap ada dua bodyguard, Kapak & Shahir.

Masa first time makan kemain lah rasa nak bertambah nasi. Sedap gila kot ! Nak pergi kat Jalan Ipoh tu sendirian memang agak susah la kan, so alternatif hilangkan kempunan, MASAK SENDIRI !

RESEPI KARI KAKI AYAM VERSI GOJESSS
Bahan-bahan :-
  • Sebungkus kaki ayam
  • 1 sudu cili boh
  • 1 sudu bawang yang telah diblend dengan halia
  • 2 sudu serbuk kari
  • kiub pati ayam Knorr
  • sedikit garam + gula
  • semangkuk air asam jawa
  • 2 mangkuk air
  • semangkuk santan
  • 2 - 3 tangkai daun kari
  • kentang *optional
Cara masak :-
  • Kaki ayam direbus selame 2 jam @ sehingga lembut ..
  • Cili boh dicampur dengan campuran kisar bawang bersame serbuk kari .. campur dengan sedikit air ..
  • Tumis bahan  campur tu dengan daun kari sampai pecah minyak.
  • Masukkan air asam jawa + air kosong .. 
  • Masukkan kaki ayam and kentang .. biar mendidih kejap .. 
  • Masukkan santan .. seterusnye masukkan kiub ayam Knorr .... garam & gula.
  • SIAP !

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.