March 01, 2011

Bersabarlah wahai HATI ♥

Emm .. wa dalam mood nak tenangkan diri sebab diri terasa terlalu jauh dan jahil sangat2 .. tak tahu kenapa lately mood agak terumbang ambing macam jongkang jongket .. ish ish ..

wa lepaking kat iluvislam.com .. banyak pulak wa search .. terutamanya pasal hati .. ada apa pada hati??.. ada orang benci hati sendiri .. tapi wa??.. err .. ok speechless ..

... orang sekeliling wa kerap mengeluh dengan ujian yang diberikan .. termasuklah diri wa .. ada beberapa hadith wa ambil untuk menenangkan diri sendiri ..

Allah SWT berfirman:

"Demi sesungguhnya!Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembura kepada orang2 yang sabar." - [Al-Baqarah 2:155]

Kerana Dia kasihkan kita .. Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang .. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian ..

Seperti firman-Nya:

"Sesungguhnya Rab (Tuhan)mu melapangkan rezeki kepada sesiapa yang Dia (Allah) kehendaki dan menyempitkannya; sesungguhnya Dia (Allah) terhadap hamba-hamba-Nya (Allah) adalah al-Khabir (Maha Mengerti) lagi al-Basir (Maha Melihat)." [Surah Al-Israk:30]

Allah sayang kepada orang yang bersabar dan menerima ketentuan-Nya dengan hati yang tenang dan redha ..

Firman Allah:

"Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah,niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." - [At-Taghabun:11]

... Bersabarlah wahai hati .. Allah tidak akan menguji jika hamba-Nya tidak mampu .. wa bersyukur sebab selalu diuji ..

Wahai hati .. janganlah kau berputus asa .. Hanya Allah sebagai penolongmu .. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada bersamamu . Bila ditimpa musibah .. hadapilah segalanya dengan tabah dan ucapkanlah "Innalillahiwainnailaihirajiun" ............

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.