TIPS MENANGANI SIFAT CEMBURU

TIPS MENANGANI SIFAT CEMBURU - Setelah sekian lama tak update blog, tiba-tiba rasa nak update balik. Sebagai seorang yang kuat cemburu, aku rasa topik ni paling bagus untuk aku share. Seriously cemburu ni menyakitkan!

Image result for jealous

Cemburu ni kan ade banyak jenis cemburu ok! ade yang POSITIF .. ade yang NEGATIF .. emm .. kadang2 orang akan kate perempuan ni yang kuat cemburu .. ala2 cemburu buta gitu.. aku tak buta, cuma kuat cemburu. So meh kita tengok macam mana tanda-tanda cemburu tu.


TANDA-TANDA SI DIA CEMBURU

Asyik call atau text. Bila kita lambat jawab atau lambat reply text dia, mulalah dia fikir macam-macam.

Kalau kita bagitahu dia ada kawan-kawan lelaki atau perempuan yang call, terus dia kata kita curang.

Selalu mencari salah kita walaupun kita tak salah.

Sentiasa mahu ada dengan kita.

Kemungkinan pasangan akan check handphone kita atau mencari bukti kita curang.


MENGAWAL KEADAAN BILA PASANGAN CEMBURU

Kalau pasangan korang tengah tunjuk dia cemburu, korang cool je. Tak payah naikkan api kemarahan dia tu.

Terima hakikat sebenarnya dia tidak mahu melukai korang pun. Mungkin sifat semulajadi dia.

Semasa dia cemburu, korang yang paling perlu mengambil hati dia. Jangan dia marah, korang pun marah.

Tunjukkan kasih sayang korang terhadap dia. Berbincang secara baik. Kalau dia masih nak mengamuk tak tentu arah, korang diam je buat tak tahu.




CARA ATASI SIFAT CEMBURU

Korang mesti terima hakikat sifat cemburu adakala bukanlah datangnya dari pasangan tetapi korang sendiri. Korang janganlah over-protective sangat. Nanti boleh jadi sejenis penyakit tau.

Hormat pasangan. Dia juga berhak menilai kecantikan dan kesempurnaan orang lain. Buat relaks, fikir yang positif je.

Tak ada pasangan yang mahu menuduh kekasihnya curang. Mungkin kesannya teruk kepada kite. Kita akan rasa sedih .. kecewa .. marah .. dengan pasangan bile dituduh macam tu .. Tapi perkara itu kejap je .. biasa la kan .. bile kasih sayang kite diragui :)

Bagi masa kepada diri sendiri untuk berubah supaya tidak cemburu. Kalau kamu seorang yang memang kuat cemburu, memang agak sukar untuk kamu berubah dalam masa singkat .. silap-silap memang tak akan berubah .. kecuali nekad! :)


Inilah antara tips-tips yang boleh dipraktikkan bila cemburu. By the way, letakkan sedikit kecemburuan itu lebih kurang 1% dalam perhubungan :)
TIPS MENANGANI SIFAT CEMBURU TIPS MENANGANI SIFAT CEMBURU Reviewed by Tunsha Ayunie on January 26, 2011 Rating: 5

3 comments

  1. hmmmm....sy pun kuat cemburu.....klu sy cemburu nnt die membebel kat sy blik sbb ske cemburu....tp die plak mcm xde perasaan cemburu je...hampes btol....adkh die sbnr nye btol2 nk kn hbgn tu@brmain2???....sadis2

    ReplyDelete
  2. @kienah starz kienah :) kadang2 lelaki ni tersangatlah ego .. dia cemburu tapi dia simpan .. ada jugak lelaki yang suka show off dorang cemburu .. kalau awak cemburukan dia .. jangan terlalu tunjuk .. sometimes boleh buat lelaki rimas ^^

    ReplyDelete
  3. Saya sgt cmburu dgn pkwe sy..tp bila d suruh explain..xpnh nk jwb..yg dia jwb dh la tu..jgn cmburu buta blh x..dh dia yg wat kita nie tduh dia mcm2..cm ada some thing wrong..tp bila dh bce nie..ase teng skit..biarlh ..lau dia syg kita dia akn hargai kita kn..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen. Setiap komen dari pembaca adalah hak milik pembaca. Penulis tidak akan bertanggungjawab jika ada sebarang komen berunsur provokasi atau kata-kata kesat.