Monolog Aku Cuma Di Kiri

July 21, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2]

6:02 PM 2
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 2] - Sarah Payne yang tinggal di Hersham, Surrey, dilaporkan hilang pada malam 1 Julai 2000 dari sebuah ladang jagung dekat dengan rumah datuk dan neneknya, Terrence dan Lesley Payne, di Kingston Gorse, West Sussex, England. Awalnya Payne bermain dengan dua abangnya yang ketika itu berumur 13 dan 11 tahun serta adiknya, yang ketika itu berusia 6 tahun. 

Pencarian di seluruh negara telah dibuat dalam masa 48 jam. Ibubapa Payne membuat rayuan di rangkaian televisyen dan surat khabar supaya anak mereka ditemui dengan selamat. Pada petang 2 Julai 2000, pegawai polis dari Balai Polis Sussex melawat Whiting dan bertanya tentang Payne. Whiting antara salah seorang suspek yang dicurigai kerana kesnya sebelum itu.

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

Pegawai polis dan ramai sukarelawan sekitar Littlehampton bertungkus lumus mencari jejak Sarah Payne. Keluarganya masih tidak berputus asa meminta dan merayu melalui siaran televisyen supaya orang ramai membantu mencari Sarah. Pada 10 Julai 2000, polis memberitahu bahawa mereka menerima maklumat dari seseorang yang melihat seorang kanak-kanak diyakini Sarah Payne di Knutsford Services, berdekatan Lebuhraya M6 di Cheshire pada waktu pagi selepas kehilangannya. Tiga hari kemudian, ibubapa Sarah Payne diberi amaran oleh polis supaya bersedia walau apa jua yang berlaku. 

Pada 17 Julai 2000, sekujur tubuh ditemui di padang berhampiran Pulborough, kira-kira 24km dari Kingston Gorse. Dalam masa 24 jam, ujian forensik mengesahkan bahawa tubuh itu adalah Sarah Payne! Polis Sussex segera memulakan siasatan tentang pembunuhan tersebut.

Bersambung...

July 20, 2017

KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]

10:41 PM 1
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1]
KISAH SARAH PAYNE : MANGSA PEMBUNUHAN PENJENAYAH PEDOFIL [BAHAGIAN 1] - Sarah Evelyn Isobel Payne merupakan seorang kanak-nak berusia 8 tahun yang telah menjadi mangsa culik dan bunuh di England pada Julai 2000. Kes ini mendapat perhatian di United Kingdom. Pembunuhnya, Roy Whiting, telah didapati bersalah pada Disember 2001 dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.


PROFIL ROY WHITING
Pada 4 Mac 1995, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, telah diculik dan diserang secara seksual di Langley Green , berdekatan kawasan Crawley. Pelakunya, Whiting ditahan beberapa minggu selepas kejadian. Seorang saksi telah memberitahu polis tentang kereta yang dipandu Whiting iaitu kereta jenis Ford Sierra merah, sebelum penculik itu menjual keretanya. Pihak polis mengesan pemilik baru kereta tersebut dan menemui sebilah pisau tersembunyi di dalam kereta itu. Ternyata pisau itu milik Whiting.

Tiga bulan kemudian, Whiting mengaku bersalah atas tuduhan menculik dan serangan seksual yang dilakukan ke atas kanak-kanak tersebut, dan dijatuhkan hukuman empat tahun penjara. Hukuman maksimum adalah penjara seumur hidup. Walau bagaimanapun, suspek menerima hukuman yang lebih ringan kerana dia mengaku melakukan jenayah itu lebih awal.

Whiting dibebaskan dari penjara pada November 1997. Dia juga adalah antara orang yang paling awal di Britain yang mendaftar sebagai pesalah seks. Dia dipaksa berkhidmat secara tambahan selama 5 bulan di penjara sebelum dibebaskan dengan lesen penalti kerana enggan menjalani kursus pemulihan. Kemudian, dia membawa diri ke pantai West Sussex.

Bersambung...

July 19, 2017

LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU

8:23 PM 1
LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU
LELAKI INI SANGGUP JADI PEREMPUAN DEMI KEBAHAGIAAN IBU - Anak lelaki ni memang selalu rapat dengan ibunya. Aku ingat lagi Pakcu yang sanggup jaga arwah Maktok, basuh najis arwah Maktok sehingga akhir nafas arwah Maktok. Terharu rasanya. Aku harap satu masa nanti, aku mampu jaga Mama macam mana Pakcu buat.

Di Guilin, Guanxi, China , seorang lelaki sanggup menjadi perempuan selama hampir 20 tahun demi ibunya yang mengalami masalah mental. Ibunya mengalami sakit itu setelah kematian anak perempuannya. Lelaki itu yang berusia 50 tahun, berpakaian seperti perempuan supaya ibunya percaya yang anak perempuannya masih hidup.


Ibunya menjadi kemurungan akibat terlalu sedih atas kematian anaknya. Akibat terlalu sedih, ibunya tidak mahu makan dan minum. Perkara ini membimbangkan lelaki tadi.

Atas cadangan sahabatnya, lelaki itu mengambil keputusan memakai pakaian mendiang adiknya dan berubah menjadi perempuan demi mengubati kerinduan ibunya.


Ternyata inisiatif yang dilakukan lelaki itu berjaya. Ibunya kembali ceria. Lelaki itu juga tidak berkahwin dan abadikan sepenuh hidupnya untuk ibunya yang tersayang.

Hmm... terharu dengan pengorbanan anak lelaki ini. Berjasa sungguh dia pada ibunya.

10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER

12:58 PM 2
10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER
10 SEBAB ORANG JADI KECOH PASAL FILEM DARK TOWER - Banyak wayang baru yang best-best akan datang ni. Antaranya filem Dark Tower. Tengok trailer pun dah macam best, agak-agak best tak?

Bagi peminat karya Stephen King, mesti tak sabar nak menonton filem Dark Tower ni. Filem ini berkonsepkan pengembaraan dan fantasi dan ianya adalah kesinambungan dari novel karya Stephen King dengan tajuk yang sama. Mengisahkan tentang Roland Deschain, yang berusaha untuk melindungi Dark Tower.



Ronald adalah seorang penembak dan dia adalah keturunan Raja Arthur yang terakhir dan masih hidup. Filem ini juga menceritakan perjalanan Roland dalam mencari Dark Tower kerana mitos mengatakan, Dark Tower mampu merealisasikan cita-cita.

Filem ni dijangka akan ditayangkan pada 3 Ogos 2017 . Jom tonton!